Sempena sambutan Tahun Baru Cina, jangan lupa saksikan telefilem Bedak Arang yang akan menemui penonton pada 23 Januari 2023, hari Isnin pada jam 9.00 malam di slot Drama On 2 di TV2 dan secara online di rtmklik.rtm.gov.my
Tayangan : Slot Drama On 2 di TV2
Tarikh : 23 Januari 2023 (Isnin)
Waktu : 9.00 Malam
Idea Asal : Zainorhisyam Samudin
Penulis Skrip : Ares Bahar Dan Ekim Imer
Pengarah : Zainorhisyam Samudin (Wak Dol)
Produksi : Eccentro Distro Sdn. Bhd.
Tonton
Pelakon
Antara pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Jesse Lim, Louisa Chong Abdullah, Akmal Ahmad, Syed Muhammad Irfan, Abby Nadzri dan ramai lagi.
Sinopsis Telefilem Bedak Arang
Telefilem Bedak Arang mengisahkan tentang kehidupan Lee sebagai seorang tukang besi yang begitu mengharapkan anak lelakinya mewarisi bakat turun-temurun keluarga mereka sebagai penempa besi.
Tetapi malangnya, anaknya enggan menerima cadangan bapanya itu dan memberikan pelbagai alasan. Situasi itu menyebabkan Lee nekad meneruskan perniagaan tersebut seorang diri.
Sementara itu isterinya, Xiu Ching pula merupakan bekas penyanyi opera terkenal satu ketika dahulu. Namun kerana faktor usia, tiada lagi orang mencarinya untuk membuat persembahan. Masanya banyak dihabiskan di rumah sebagai suri rumahtangga.
Hingga satu hari Lee berdepan dengan penjahat yang memeras ugut untuk mendapatkan wang daripadanya. Lee mula tertekan dengan masalahnya apatahlagi pada masa sama Xiu Ching pula semakin lupa dengan banyak perkara.
Kehadiran seorang budak lelaki yang menunjukkan minat mendalam dalam bidang penempa besi memberikan sinar dalam hidup Lee. Dia mula nampak kepada siapa kerjayanya itu mahu diwarisi. Namun apakah impiannya tertunai?



