Jika anda tidak kemana-mana pada hujung minggu ini. Jangan lupa untuk saksikan sebuah cerita baru melayu tempatan iaitu telefilem Bayang yang akan bersiaran pada 18 Disember 2021 menerusi slot Citra Exclusive di Astro Citra.
BACA : Saksikan Telefilem Zombie Jarum Vaksin (Citra Exclusive Astro Citra)
Sebuah cerita melayu tempatan televisyen terbaru untuk tahun 2021 dengan dibarisi pelakon seperti Hazama, Ayie Elham, Cik Manggis dan ramai lagi.
Judul : Bayang
Tayangan : Slot Citra Exclusive Astro Citra
Idea Asal : Idril Mihat
Skrip : Zuli Ismail
Pengarah : Idril Mihat & Irwan Rauf
Produksi : Motio Studio & SilentKaiju Studio
Pelakon : Hazama, Ayie Elham (Floor 88), Cik Manggis, Cliff Umar, Syean Mokhtar dan ramai lagi
- Hazama sebagai AZAM
- Ayie Elham sebagai JONI
- Cik Manggis sebagai LISA


Sinopsis Telefilem Bayang
Bayang mengisahkan tentang kehilangan Lisa, seorang penyiasat yang menjadi misteri kerana berkait rapat dengan kes-kes pembunuhan yang sedang disiasatnya bersama seorang rakannya, Azam.
Seorang jurugambar amatur bernama Joni, menjadi petunjuk kepada misteri kehilangan Lisa.
Waktu Tayangan
Telefilem Bayang akan menemui penonton pada 18 Disember ini iaitu hari Sabtu jam 9.00 malam di slot Citra Exclusive Astro Citra 108. Selain itu, boleh juga tonton secara On Demand atau menerusi aplikasi Astro Go.