Saksikan telefilem Balik Raya Ke Kita yang akan menemui penonton sekali lagi pada Aidilfitri kali ini iaitu pada hari Jumaat, 13 Mei 2022 pada pukul 8.30 malam di TV9 dan tonton secara online di www.tonton.com.my
Tayangan : Slot Drama Di 9 di TV9
Waktu : 13 Mei 2022 (Jumaat)
Masa : 8.30 Malam
Pengarah : Shuhaimi Lua
Penulis Skrip : Zyza Backy
Produksi : Tanah Beris Film Production
Pelakon
Antara pelakon dan artis yang membintangi telefilem raya ini ialah Azad Jazmin, Rosnah Mat Aris, Sherry Al Hadad, adik Danish Hazriq, adik Indah Emmerlda Lia Natalia, Amyza Aznan dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Azad Jazmin sebagai Farid
- Sherry Al Hadad sebagai Rina
- Rosnah Mat Aris sebagai Habsah
- Amyza Aznan sebagai Dewi
- Lia Natalia sebagai Senah
Sinopsis Telefilem Balik Raya Ke Kita
Telefilem Balik Raya Ke Kita mengisahkan tentang Farid yang bertekad dan telah membuat keputusan untuk beraya di kampungnya pula kali ini selepas sudah tiga tahun berturut-turun dia menyambut Hari Raya di Sabak Bernam, kampung isterinya, Rina kerana mahu berjimat kos pengangkutan.
Kali ini, anak-anak mereka juga teruja untuk beraya di kampung bapanya pula. Tetapi malangnya, kereta Faris rosak dalam perjalanan pulang. Walaubagaimanapun, perjalanan harus diteruskan dengan cara alternatif yang penuh dengan kejutan.