- advertisement -

Hujung minggu ini, Astro akan sajikan pula sebuah telefilem dengan genre seram bertajuk Badi Selendang Merah yang akan bersiaran pada 18 September 2021 di Astro Citra.

BACA : Telefilem Cekelat Tak Semanis Honey Astro Citra (Citra Exclusive)

- advertisement -

Telefilem ini merupakan ulang siar semula. Ianya pernah ditayangkan pada tahun 2020 yang lalu dengan slot dan siaran yang sama. Jadi anda boleh tengok semula Badi Selendang Merah.

Badi Selendang Merah

Tayangan : Slot Citra Exclusive Astro Citra
Pengarah : Rahim Zali
Idea Asal : Team Suar
Skrip : Mike Alias
Penerbit : Azmi Musa
Produksi : Suar Channel
Pelakon : Nazim Othman, Syarifah Sakinan, Salina Saibi, Yusran Hashim, Burhan Amir, Azmi Musa, Nyon Othman, Koi Eloy dan ramai lagi

  • Nazim Othman sebagai HELMI
  • Syarifah Sakinan sebagai FATIN
  • Salina Saibi sebagai DUKU

Sinopsis Telefilem Badi Selendang Merah

Telefilem Badi Selendang Merah mengisahkan Helmi yang membawa isterinya, Fatin pulang dan berhijrah ke kampung untuk tinggal di sana selepas gagal dalam perniagaan.

Dalam masa sama, Fatin kini berbadan dua dan hanya tunggu masa untuk bersalin.

Dalam perjalanan pulang itulah telah berlaku satu adegan dimana mereka telah menyaksikan sebuah kemalangan jalan raya yang telah meragut nyawa seorang wanita berselendang merah.

Sejak daripada kejadian itu, Helmi dan Fatin dihantui dan bermulalah pembongkaran segala rahsia-rahsia gelap yang disembunyikan.

Waktu Bersiaran

Saksikan telefilem Badi Selendang Merah pada 18 September ini, hari Sabtu jam 9.00 malam di slot Citra Exclusive Astro Citra saluran 108.

Anda boleh saksikan di Astro Go atau tontonan secara On Demand untuk waktu yang lebih fleksibel.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here