Jangan lupa saksikan telefilem Ayah Den Lopeh yang akan menemui penonton pada 18 September 2022, hari Ahad pada pukul 9.30 malam di slot Ohsem Tele di Awesome TV saluran Astro 123 dan Myfreeview 112.
Tayangan : Slot Ohsem Tele di Awesome TV
Tarikh : 18 September 2022 (Ahad)
Waktu : 9.30 Malam
Penulis Skrip : ZH Emdee
Pengarah : ZH Emdee
Produksi : Prima Kreatif Sdn. Bhd.
Tonton
Pelakon
Antara pelakon-pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Jep Sepahtu, Ebby Yus, Sariyanti, Mak Jah, Shuib Sepahtu, Siti Elizad Sharifuddin, Lin Suhana, Bujal, Nurfeten Alini Ruslan dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Jep Sepahtu sebagai Rizal
- Ebby Yus sebagai Prof Salim
- Sariyanti sebagai Fatehah
- Mak Jah sebagai Mak Ngah
- Lina Suhana sebagai Kak Esah RELA
Sinopsis Telefilem Ayah Den Lopeh
Telefilem Ayah Den Lopeh mengisahkan tentang aua beradik yang mengalami kesulitan untuk menjaga bapa mereka yang nyanyuk tampil dengan pelbagai idea untuk menjaga bapa mereka.
Setiap kali mereka terleka pastinya si Ayah akan terlepas dan keluar dari rumah dan terpaksalah mereka mencari ke seluruh kampung.

