Hujung minggu anda kini tidak sepi lagi apabila RTM akan bawakan sebuah telefilem komedi sesuai tontonan keluarga berjudul Atok On Tak On yang akan bersiaran pada 30 Januari 2022 di salurah TV Okey.
BACA : Saksikan Drama Maryam Qistina Di TV Okey (Drama Okey)
Slot telemovie menerusi Layar Okey kini kembali menemui penonton apabila RTM akan menayangkan semula bermula 30 Januari 2022 dengan pelbagai cerita untuk orang ramai.
Tayangan : Layar Okey di TV Okey
Pengarah : Rusdi Ramli
Idea Asal : Aini Bakar
Penulis Skrip : Aini Bakar & Shahnas Putra
Produksi : Transbravura Creative Production
Pelakon : Kazar, Liza Abdullah, Atiq Azman, Fara Nadiah dan ramai lagi
Sinopsis Telefilem Atok On Tak On
Bakar sangat teruja ingin menaiki bas hop on hop off mengelilingi Bandaraya Kuala Lumpur. Bakar iri hati kerana sahabat baiknya Bidin telah menaikinya. Dia meminta cucu kesayangannya Hud membawanya menaiki bas yang sama bila dia datang ke Kuala Lumpur.
Waktu Tayangan
Jangan lupa untuk saksikan telefilem Atok On Tak On yang akan bersiaran pada 30 Januari ini, hari Ahad jam 2.30 petang menerusi slot Layar Okey di TV Okey (Astro 146 dan Myfreeview 110).
Selain itu, anda juga boleh saksikan secara online menerusi RTM KLIK iaitu rtmklik.rtm.gov.my atau menerusi aplikasi mobile yang boleh dimuat-turun di Play Store atau App Store.