Sebuah lagi telefilem baru untuk tayangan televisyen tempatan sempena penutup tirai tahun 2021 berjudul Asam Manis Gulai Cinta yang akan bersiaran pada 28 Disember 2021 di slot Drama On 2 di RTM TV2.
BACA : Tonton Telefilem Cinta Semanis Bubble Tea Di TV2
Telefilem yang menampilkan pelakon-pelakon popular Malaysia seperti Azrel Ismail, Fatin Afeefa, Hairi Safwan dan ramai lagi.
Tayangan : Drama On 2 RTM TV2
Pengarah : Imri Nasution
Idea Asal : Creative Stew
Penulis Skrip : Hazo M
Penerbit : Rizal Risman
Produksi : Creative Stew Sdn. Bhd.
Pelakon : Azrel Ismail, Fatin Afeefa, Hairi Safwan, Fazlina Ahmad Daud, Taqim Zaki dan ramai lagi
- Azrel Ismail sebagai RAFIQ
- Fatin Afeefa sebagai DARIA
- Hairi Safwan sebagai ADIB
- Fazlina Ahmad Daud sebagai Mak Noni


Sinopsis Telefilem Asam Manis Gulai Cinta
Asam Manis Gulai Cinta mengisahkan Rafiq (lakonan Azrel Ismail), seorang Cef Selebriti Masakan Barat yang ego dan teratur kerjanya. Dia yang kecewa dengan kehidupannya, terpaka bekerja di sebuah warung masakan Pahang.
Majikannya merupakan seorang tukang masak tempatan yang jelita bernama Daria (lakonan Fatin Afeefa). Kerana terlalu sibuk dengan kerjayanya, Rafiq tidak sempat bertemu ibunya buat kali terakhir untuk meminta maaf. Kesal dengan kesilapan tersebut, Rafiq mula berubah!


Waktu Tayangan
Jangan lupa untuk saksikan telefilem Asam Manis Gulai Cinta yang akan bersiaran pada 28 Disember ini, hari Selasa jam 9.00 malam di slot Drama On 2 di TV2. Anda juga boleh saksikan secara online di RTMKLIK iaitu rtmklik.rtm.gov.my