- advertisement -

Slot Layar Okey kali ini membawakan sebuah telefilem baru melayu tempatan berjudul Appa yang akan bersiaran pada 27 Februari 2022 di siaran RTM TV2 bagi tontonan ramai.

Telefilem terbitan Dear Creative Media dengan arahan Rehal Nuharis ini bakal menampilkan barisan pelakon yang popular seperti Redza Rosli, Din Maidin, Azizah Mahza dan Zaidi Omar.

Tayangan : Layar Okey di TV Okey
Pengarah : Rehal Nuharis
Penulis Skrip : Rehal Nuharis
Penerbit : Farizullah Othman & Rehal Nuharis
Produksi : Dear Creative Media Sdn. Bhd.

appa

Barisan Pelakon

Antara pelakon yang terlibat dalam telefilem ini ialah Redza Rosli, Din Maidin, Azizah Mahzan, Zaidi Omar, Jayiswazir, Jasper Supaya, Fiza Thomas, Akmal Ahmad, Hakimin dan ramai lagi.

- advertisement -

Watak Lakonan

  • Din Maidin sebagai Appa
  • Redza Rosli sebagai Ibrahim
  • Jasper Supayah sebagai Geetha
  • Azizah Mahzan sebagai Asmah
  • Zaidi Omar sebagai Syukri
  • Jayiswazir sebagai Isa

Sinopsis Telefilem Appa

Telefilem Appa mengisahkan Ibrahim yang telah dikejutkan dengan kenyataan dia bukan anak kandung keluarga itu dikala kebahagian meniti kehidupan bersama keluarganya.

Sedih dan kecewa bermain di hati. Namun biar pun berbeza budaya, Ibrahim nekad untuk mencari ayah kandungnya. Berat untuk Asmah lepaskan anak angkat yang sudah dianggap seperti anak itu.

Berjayakah Ibrahim menemui Appa? Adakah berbeza budaya tetap memberikan mereka bahagia?

  • appa
  • appa

Waktu Operasi

Jadi jangan terlepas untuk saksikan telefilem Appa pada 27 Februari ini, hari Ahad jam 2.30 petang di slot Layar Okey di RTM TV Okey (Astro 146, Myfreeview 110).

Selain itu, anda juga boleh tonton secara online di portal RTM KLIK iaitu rtmklik.rtm.gov.my atau menerusi aplikasi mobile yang boleh dimuat turun dari Play Store atau App Store.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here