- advertisement -

Petang hujung minggu anda akan disajikan dengan sebuah telefilem baru iaitu Api Cinta Ramadan yang akan menemui penonton pada 1 Mei 2022 menerusi slot Layar Okey di RTM TV Okey.

Telefilem arahan daripada pengarah Zizan Nin ini merupakan hasil nukilan skrip daripada Marini Mat Zain & Amorizan dan ianya diterbitkan oleh syarikat produksi Aquila Emas

Tayangan : Layar Okey di TV Okey
Pengarah : Zizan Nin
Penulis Skrip : Marini Mat Zain & Amorizan
Produksi : Aquila Emas

api cinta ramadan

Pelakon

Antara barisan pelakon yang membintangi telefilem ini ialah Eddy Efrim Syah, Syafnida Shuhaimi, Khaty Azian, Mak Wan Latah, Zack Kool, Caca Raja Lawak, Kween Keela, Raden dan ramai lagi.

- advertisement -

Sinopsis Telefilem Api Cinta Ramadan

Telefilem Api Cinta Ramadan mengisahkan ragam sepasang suami isteri selalu buruk sangka antara satu sama lain. Ada sahaja benda yang tak kena yang difikirkan oleh mereka berdua terhadap pasangan masing-masing.

Suami fikir isterinya akan curang ketika kerja dan si isteri juga berfikiran sedemikian tanpa mengetahui hal sebenarnya. Apakah yang terjadi sebenarnya?

  • api cinta ramadan
  • api cinta ramadan

Waktu Bersiaran

Untuk ketahui kesudahannya, anda boleh tonton telefilem Api Cinta Ramadan pada 29 April ini, hari Ahad pada pukul 2.30 petang menerusi slot Layar Okey di TV Okey (Astro 146 dan Myfreeview 110)

Selain itu, anda juga boleh strim secara online di rtmklik.rtm.gov.my atau menerusi aplikasi rtm mobile yang boleh dimuat turun di Play Store atau App Store.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here