Ancak merupakan sebuah telefilem tempatan terbaru untuk tahun 2021 yang akan ditayangkan dan menemui penonton pada 6 November 2021 melalui slot Citra Exclusive di Astro Citra.
BACA : Telefilem Pemuja Kubur Di Astro Citra (Citra Exclusive)
Ancak merupakan upacara ritual bagi makan hantu yang bertujuan untuk berkomunikasi dengan alam ghaib disamping menjadi pendamping untuk pemiliknya.
Tayangan : Citra Exclusive Astro Citra
Pengarah : Eoon Shuhaini
Penulis Skrip : Nell Hanan
Produksi : Mache All Star United Sdn. Bhd.
Pelakon : Siti Saleha, Aleza Shadan, Aida Aris, Ameerul Asyraf, Rashdan Baba, Eika Zulkifli dan ramai lagi


Sinopsis Telefilem Ancak
Telefilem Ancak mengisahkan watak Hanis (Siti Saleha) yang lemah semangat terhadap gangguan mistik dan seram yang disebabkan oleh lesung batu pusaka neneknya. Tetapi dia terpaksa hadap juga perkara tersebut.
Hanis terus diganggu oleh makhluk halus kerana dia akan mewarisi segala ilmu jahat milik arwah neneknya. Jadi dia perlu untuk terus beranikan diri berhadapan dengan cabaran tersebut. Mampukah Hanis?
Waktu Bersiaran
Ancak akan bersiaran pada 6 November ini, hari Sabtu jam 9.00 malam di slot Citra Exclusive di Astro Citra. Selain itu, anda boleh saksikan secara On Demand atau menerusi Astro Go untuk waktu yang lebih fleksibel.