Telefilem Anak Syurga ini pernah disiarkan sebelum ini dan kini akan menemui penonton semula pada 15 Mei 2022, hari Ahad pada pukul 10.30 malama di saluran TV3 dan juga tontonan secara online di www.tonton.com.my
Tayangan : Telefilem TV3
Waktu : 15 Mei 2022 (Ahad)
Masa : 10.30 Malam
Pengarah : Along Kamaludin
Produksi : Wiranusa Corporation Sdn. Bhd.
Pelakon
Antara pelakon dan artis yang membintangi telefilem ini ialah Ashraff Muslim, Intan Ladyana, Nik Adam, Mika, Sheila Mambo, Rosnah Johari, Hasnul Rahmat dan ramai lagi.
Sinopsis Telefilem Anak Syurga
Telefilem Anak Syurga mengisahkan tentang kehidupan pasangan suami isteri, Ikmal dan Azah yang mengecapi kebahagian apabila mereka dikurniakan anak dalam keluarga mereka iaitu Adam.
Namun begitu, kebahagiannya adalah sementara apabila Adam disahkan mengalami autism. Sejak itu, Ikmal mula mengabaikan Adam dan rumah tangga mereka mula goyang.
Pak Sahak yang bekerja sebagai tukang cuci di syarikat Ikmal perasan tentang perubahan Ikmal dan sering menasihati Ikmal. Suatu hari Ikmal bertembung dengan Pak Sahak di tepi jalan kerana motorsikalnya rosak ketika baru pulang dari kedai membeli hadiah untuk anak-anaknya.
Ikmal menumpangkan Pak Sahak hingga ke rumah. Di rumah Pak Sahak, Ikmal terkejut apabila mengetahui kedua-dua anak Pak Sahak adalah OKU. Ikmal terharu melihat keluarga Pak Sahak yang bahagia walaupun hidup dalam sederhana.
Barulah dia sedar bahawa selama ini dia tidak pernah bersyukur dengan pemberian Allah. Lantas dia teringat Adam yang tidak mendapat kasih sayang dan mula menyayangi Adam.