Radio Televisyen Malaysia (RTM) bawakan sekali lagi, ulang siar sebuah telefilem romantik berjudul Amsterdam Kami Datang yang akan menemui penonton pada 28 Februari 2022 di slot Drama On 2 di saluran TV2.
Sebuah telefilem arahan Liza Ismail bakal menampilkan barisan pelakon hebat seperti Nazim Othman, Elfaeza Ul Haq dan Shiqin Kamal.
Tayangan : Drama On 2 di TV2
Pengarah : Liza Ismail
Produksi : Qaisworks Sdn. Bhd.


Pelakon
Antara pelakon yang membintangi telefilem ini ialah Nazim Othman, Elfaezah Ul Haq, Shiqin Kamal, Shaikh Kalam dan ramai lagi.
Sinopsis Telefilem Amsterdam Kami Datang
Telefilem Amsterdam Kami Datang mengisahkan 4 sahabat yang merancang secara spontan untuk bercuti di Amsterdam sempena menyambut ulang tahun kelahiran salah seorang sahabat mereka iaitu Muaz.
Waktu Bersiaran
Jadi jangan terlepas untuk saksikan telefilem Amsterdam Kami Datang pada 28 Februari ini, hari Isnin pukul 9.00 malam di slot Drama On 2 di TV2.
Selain itu, anda juga boleh saksikan secara online di portal RTM KLIK di rtmklik.rtm.gov.my atau menerusi aplikasi mobile yang boleh dimuat turun di Play Store atau App Store.

