Musim cuti sekolah ini, TV1 membawakan dan tayangan semula telefilem Ambon yang akan bersiaran pada 25 Disember 2021 menerusi slot Panggung RTM. Tayangan asal adalah pada tahun 2018.
BACA : Saksikan Telemovie Akak Traktor Di TV1 (Panggung RTM)
Sebuah cerita santai yang mambawakan gambaran anak-anak bandar yang berpeluang pulang ke kampung dan menghabiskan cuti sekolah dengan melakukan aktiviti yang tiada di bandar seperti mandi sungai dan sebagainya.
Judul : Ambon
Tayangan : Panggung RTM Di TV1
Pengarah : Amin Masyhur
Penulis Skrip : Siti Jasmina Ibrahim
Produksi : Cineorama Production Sdn. Bhd.
Pelakon : Muhammad Aidil Rafiq, Ebby Yus, Zarina Zainuddin, Fateha Khairul Nizam, Alif Hadi dan ramai lagi


Sinopsis Telefilem Ambon
Telefilem Ambon memaparkan tentang Ambon iaitu seorang budak lelaki berumur 10 tahun bersekolah di bandar dan berpeluang untuk menghabiskan cuti sekolah di kampung neneknya.
Pasa masa yang sama pula, sepupu Ambon iaitu Nadia juga bersekolah di bandar dan bercuti di kampung neneknya.
Walaupunbegitu, Nadia seorang budak yang kurang berkawan, suka bermain bersendirian, pendiam dan gemar menggunakan gajet-gajet komputer. Beza dengan Ambon yang gemar berkawan dan bersosial serta peramah.
Apabila bercuti di kampung, Ambon mempunyai ramai kawan. Sebaliknya, Nadia tidak suka berkawan. Tetapi Ambon cuba mengajak Nadia berkawan dan tidak menyombong diri. Di kampung juga mereka mengenali Chan, Pul, Kak Aida, Abang Edi, Tuk Sabariah dan Haji Jefri.


Ambon dan kawan-kawannya berkawan baik, bermain bersama-sama seperti bermandi-manda di sungai serta bermain dengan serangga dan rama-rama. Satu perkara yang terpuji yang dibuat oleh Ambon dan Nadia adalah menjadi orang perantaraan yang dapat mengeratkan perhubungan antara Abang Edi dan Kak Aida. Pada masa sama juga mereka juga menjadi wakil perhubungan antara Tuk Sabariah dan Haji Jefri.
Kemuncak kepada kisah keangkuhan Nadia ialah apabila Nadia bersikap sombong, tidak mahu bergerak bersama-sama ketika mereka berjalan di hutan. Akhirnya Nadia tersesat jalan, jatuh ke dalam lubang dan kakinya cedera.
Ambon dan rakan-rakan berusaha mencari Nadia. Dalam pada itu, Nadia mula insaf dan ingin memohon maaf atas keegoannya sebelum ini. Bagaimanakah Nadia dijumpai?
Waktu Tayangan
Jadi jangan lupa untuk saksikan telefilem Ambon pada 25 Disember ini, hari Sabtu jam 9.00 malam di slot Panggung RTM TV1. Selain itu, anda juga boleh saksikan secara online di RTMKLIK iaitu rtmklik.rtm.gov.my.