Jangan lupa saksikan telefilem romantik komedi, Alif Ba Ta Aku Cinta Kamu melalui slot Panggung RTM di TV1 pada 27 Mac 2021. Telefilem ini menampilkan lakonan daripada Puteri Aishah, Fendy Bakar dan ramai lagi.
BACA : Saksikan Telefilem Audrey Di TV1 (Panggung RTM)
Tayangan : Panggung RTM, TV1
Pengarah : Rina Khan
Skrip : Rina Khan
Terbitan : Saujana Media Sdn. Bhd.
Pelakon : Puteri Aishah, Fendy Bakar, Kazar, Haleeda, Daniell Fiq, Ruby Ooi, Farez Ridzwan dan Kuza dan ramai lagi.


Sinopsis Telefilem Alif Ba Ta Aku Cinta Kamu
Telefilem Alif Ba Ta Aku Cinta Kamu menceritakan seorang jurumekap bernama Lola (Puteri Aishah) yang telah jatuh cinta dengan seorang jurufoto bernama Kalam (Fendy Bakar). Mereka berkahwin kerana Lola yakin dan percaya, Kalam dapat membimbingnya mendalami Islam. Tetapi hakikatnya lain pula yang jadi.
Apa kesudahan rumah tangga mereka? Adakah berlaku pergaduhan besar? Anda kena tengok sampai habis nanti di panggung rtm TV1.
Waktu Tayangan
Jadi hujung minggu ini, duduk depan tv. Saksikan telefilem romantik komedi ini pada 27 Mac ini, hari Sabtu, jam 9 malam melalui panggung rtm di TV1. Jika tidak sempat, anda masih boleh tonton secara online di website rtmklik.rtm.gov.my atau aplikasi RTM Mobile dengan download melalui Play Store atau App Store.