Jangan lupa saksikan telefilem Al Kisahnya Jenin yang akan menemui penonton pada 14 Januari 2023, hari Sabtu pada pukul 9.00 malam di slot Panggung RTM di TV1 dan secara online di rtmklik.rtm.gov.my
Tayangan : Slot Panggung RTM di TV1
Tarikh : 14 Januari 2023 (Sabtu)
Waktu : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Azal Ezreen
Pengarah : Othman Hafsham
Produksi : Cinematic Sdn. Bhd.
Tonton
Pelakon
Antara pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Mustaqim bahadon, Mimi Ernida, Omar Abdullah, Kodi Rasheed, S. Ruwiyani, Muhammad Ismail, Billy Chua, Zack Azelizan, Satishvaran, Harminder Singh, Rosnah dan ramai lagi.
Sinopsis Telefilem Al Kisahnya Jenin
Telefilem Al Kisahnya Jenin mengisahkan tentang watak Jenin iaitu seorang yang kuat berangan. Antara angan-angannya adalah untuk membuka sebuah pasaraya di kampungnya.
Dia telah berjumpa dengan Haji Shauki dan memberitahu tentang angan-angannya mahu membuka pasaraya. Haji Shauki berjanji akan membantu dengan syarat Jenin perlu menjual hasil kelapanya dahulu.



