Penyiar Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan ulang siar telefilem Al-Fatihah pada 17 April 2022 menerusi slot Layar Okey di siaran TV Okey sesuai bagi semua penonton lapisan masyarakat.
Telefilem yang pertama kali disiarkan pada tahun 2022 sempena Aidiladha ini merupakan terbitan syarikat produksi Bolt Studio Sdn. Bhd., diarahkan oleh Wan Affendy dan Lahhamid serta hasil nukilan skrip oleh Kilat Guys.
Tayangan : Slot Layar Okey di TV Okey
Pengarah : Wan Affendy & Lahhamid
Idea Asal : Amirnur Arshad
Penulis Skrip : Kilat Guys
Produksi : Bolt Studio Sdn. Bhd.


Barisan Pelakon
Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini ialah Shazman Isaac, Firdaus Karim, Aripah Damanhuri, Ken Ridzuan, Azman Hassan, Han Zalini, Fath Rodzi, Nazeri Isa dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Shazman Isaac sebagai Iskandar
- Firdaus Karim sebagai Shah
- Aripah Damanhuri sebagai Wan Mala (Mak Wan)
- Ken Ridzuan sebagai Cikgu Aziz
- Azman Hassan sebagai Wak Yem
- Han Zalini sebagai Nang
- Fath Rodzi sebagai Wan Rohani
Sinopsis Telefilem Al-Fatihah
Telefilem Al-Fatihah mengisahkan tentang Iskandar iaitu seorang anak yang bermasalah dalam pembelajaran. Setelah kematian ibu dan bapanya, Iskandar dijaga oleh neneknya, Wan Mala.
Pelbagai dugaan terpaksa dihadapi oleh mereka akibat rasa tidak puas hati sebilangan penduduk di kampung tersebut.
Waktu Bersiaran
Jadi jangan lupa untuk saksikan telefilem Al-Fatihah pada 17 April ini, hari Ahad pada pukul 2.30 petang menerusi slot Layar Okey di TV Okey (Astro 146 dan Myfreevie 110).
Selain itu, anda juga boleh strim secara online menerusi portal RTMKLIK di rtmklik.rtm.gov.my atau menerusi aplikasi mudah alih yang boleh dimuat turun di Play Store atau App Store.