- advertisement -

Sepanjangn bulan Ramadan ini, penyiar Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan bawakan drama Aku Pilih Bahagia yang akan bersiaran mulai 3 April 2022 di TV1.

BACA : Drama Nurlaila Di TV1 (Widuri)

Drama arahan pengarah terkenal, Bade Hj Azmi ini merupakan adaptasi novel ‘Aku Pilih Bahagia’ karya Umie Nadzimah dan kini dibawa ke tayangan kaca tv daripada produksi Global Station Sdn. Bhd.

Episod : 30
Tayangan : Slot Widuri di TV1
Pengarah : Bade Hj Azmi
Penulis Skrip : Baizura Kahar
Produksi : Global Station Sdn. Bhd.

- advertisement -
aku pilih bahagia

Barisan Pelakon

Antara pelakon yang terlibat dalam drama ini seperti Emma Maembong, Alvin Chong, Fizz Fairuz, Bella Dally, Nadya Syahera, Meor Mohd dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Emma Maembong sebagai Dhiya
  • Fizz Fairuz sebagai Aidan
  • Alvin Chong sebagai Dzikri Hafiy
  • Bella Dally sebagai Humaira
  • Nadya Syahera sebagai Arneesa
  • Meor Mohd sebagai Farhan

Sinopsis Drama Aku Pilih Bahagia

Drama Aku Pilih Bahagia mengisahkan tentang Dhiya iaitu seorang isteri yang disayangi tetapi bukan dicintai. Empat tahun rumah tangga mereka sangat bahagia sehinggalah muncul Humaira, bekas tunang alias cinta pertama Aidan.

Keluarga Aidan pula meletakkan kesalahan di atas bahu Dhiya kerana masih tak mampu lahirkan zuriat untuk suami. Tak mahu terus didera mentalnya, Dhiya mohon untuk undur diri. Namun tidak mudah untuk Dhiya melalui hari-hari tanpa Aidan. Dia hilang arah, kecewa dan terlalu mengharap Aidan kembali.

Berkat sokongan keluarga dan lebih-lebih lagi Dzikri, Dhiya bangkit semula untuk mulakan hidup baru. Berhijrah ke tempat yang jauh, rancang sesuatu untuk terus melupakan kesakitan lalu disamping membantu sepupunya, Inas yang turut mengalami nasib yang sama.

Dhiya berkenalan dengan Arneesa yang ditindas suami dan keluarga mentua. Mereka jadi sangat rapat dan saling membantu serta menyokong antara satu sama lain.

Selepas melalui fasa getir, Dhiya semakin bahagia dan bertambah sempurna dengan kehadiran Maream. Dzikri melamar Dhiya untuk dijadikan isteri setelah berbelas-belas tahun menunggu masa yang sesuai.

Apakah jawapan Dhiya? Dhiya tahu yang Arneesa terlalu menaruh harapan pada Dzikri. Malahan Arneesa itu seorang wanita yang lebih teruk deritanya berbanding Dhiya. Bermakna Arneesa lebih memerlukan lelaki sebaik Dzikri sebagai pelindung.

Aidan dan keluarganya juga muncul semula untuk memujuk Dhiya kembali kepada mereka, tambahan pula Maream itulah satu-satunya penyambung keturunan yang ditunggu-tunggu.

Siapakah pilihan Dhiya untuk terus mencipta bahagia? Dzikri Hafiy yang telah banyak berkorban untuknya atau menerima semula Aidan, ayah kandung Maream?

Dan bagaimanakah pula nasib serta jodoh Arneesa? Dia pun ingin bahagia dengan lelaki yang dicintai.

  • aku pilih bahagia
  • aku pilih bahagia

Waktu Bersiaran

Jadi jangan lupa untuk saksikan drama Aku Pilih Bahagia mulai 3 April ini yang disiarkan setiap hari sepanjang Ramadan pada pukul 3 petang di slot Widuri RTM TV1 dan ulang siar pada jam 6.00 pagi.

Jika anda tidak sempat menonton di tv, anda boleh saksikan secara online di rtmklik.rtm.gov.my atau menerusi aplikasi mudah alih dengan muat turun di Play Store atau App Store

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here