- advertisement -

Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan bawakan sebuah telefilem baru bertajuk Aku Ingin Ke Syurga yang akan bersiaran pada 25 April 2022 di slot Drama On 2 di TV2.

Telefilem ini diterbitkan oleh syarikah produksi Adtisha Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Emdy Idris dengan hasil nukilan skrip oleh Natasya Farhana

Tayangan : Slot Drama On 2 di TV2
Pengarah : Emdy Idris
Penulis Skrip : Natasya Farhana
Produksi : Adtisha Production Sdn. Bhd.

Aku Ingin Ke Syurga

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Gen Darwish, Fauzi Nawawi, Tasha Shila, Afiq Muiz, Tisha Shamsir, Lisdawati, Kenji Sawahi, Adam Shadan, Erry Putra dan ramai lagi.

- advertisement -

Sinopsis Telefilem Aku Ingin Ke Syurga

Telefilem Aku Ingin Ke Syurga mengisahkan tentang Sakinah iaitu seorang pengasuh kepada Amar yang mana seorang kanak-kanak yang tidak boleh bercakap akibat trauma kerana didera oleh makciknya sendiri.

Bukan itu sahaja, Sakinah juga sering menjadi mangsa dera suaminya sendiri. Disebabkan itu, pelbagai konflik berlaku dan akhirnya Amar meninggal dunia.

  • Aku Ingin Ke Syurga
  • Aku Ingin Ke Syurga

Waktu Bersiaran

Jangan lupa untuk saksikan telefilem Aku Ingin Ke Syurga pada 25 April ini, hari Isnin pada pukul 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2.

Selain itu, anda juga boleh strim secara online di rtmklik.rtm.gov.my atau menerusi aplikasi mudah alih yang boleh dimuat turun di Play Store atau App Store.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here