Astro bawakan sebuah telefilem romantik komedi berjudul Aku Bisu, Kau Diam yang pernah disiarkan di Astro Citra sebelum ini menerusi slot Citra Eksklusif bagi tontonan orang ramai.
Cerita terbita FJ Pictures Sdn. Bhd. ini merupakan arahan Feroz Kader dengan menampilkan pelakon Emma Maembong dan Sean Lee sebagai watak atau peneraju utama.
Menariknya telefilem ini menyaksikan Sean Lee menggunakan bahasa isyarat sepenuhnya dan Emma juga turut menonjolkan kemahiran berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat.
Kini anda boleh tonton menerusi siaran Astro Ria atau Astro Citra ataupun secara On Demand serta aplikasi Astro Go pada bila-bila masa sahaja
Tayangan : Astro Citra
Pengarah : Feroz Kader
Penulis Skrip : Intan Zarina Mohd Yassin
Penerbit : Feroz Kader & Jan Mohd Amin
Produksi : FZ Pictures Sdn. Bhd.
Barisan Pelakon
Antara pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Emma Maembong, Sean Lee, Elya Miera, Faha Azhar, Meor Mohd, Lwo Soo Yang, Puteri Alani Thaqeefah, Adam Darwish dan ramai lagi
Watak Lakonan
- Emma Maembong sebagai Sarah Suraya
- Sean Lee sebagai Beric
- Elya Miera sebagai Nana
- Faha Azhar sebagai Fahmi
- Meor Ahmad sebagai Akmal
Sinopsis Telefilem Aku Bisu, Kau Diam
Telefilem Aku Bisu, Kau Diam mengisahkan seorang lelaki bisu yang bekerja sebagai penghantar makanan telah bertemu dengan bekas deejay kesayangannya yang tiba-tiba menghilang namun keadaannya kini jauh berbeza.

