Jangan lupa saksikan telefilem Akhil Yang Bakhil yang akan menemui penonton pada 7 Jun 2022, hari Selasa pada jam 1.30 petang di saluran TV9 atau boleh strim secara online di www.tonton.com.my
Tayangan : TV9
Tarikh : 7 Jun 2022 (Selasa)
Waktu : 1.30 Petang
Penulis Skrip : MF Kenchana
Pengarah : Nazir Jamaluddin
Produksi : MacheAllStar United Sdn. Bhd.
Pelakon
Antara bintang dan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini ialah Syazwan Zulkefli, Bell Ngasri, Azlee Senario, Aishah Atan, Cacha Maembong, Nazeera Sardi, Nasir Bilal Khan, A Galak, Amir Raja Lawak dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Syazwan Zulkefli sebagai Akhil
- Bell Ngasri sebagai Mat Din
- Cacha Maembong sebagai Nina
- Azlee Senario sebagai Pak Jali
- Aishah Atan sebagai Maksom
Sinopsis Telefilem Akhil Yang Bakhil
Telefilem Akhil Yang Bakhil mengisahkan tentang Akhil yang digelar Akhil Bakhil kerana sifatnya yang kedekut seperti Haji Bakhil. Apabila suatu hari Akhil mengalami sakit kepala dan mengunjungi Klinik Dr Amira, dia disahkan mengidap kanser otak dan dijangka tidak mampu hidup lama.
Akhil terkejut. tunangnya Nina mula tawar hati dengan Akhil. Akhil menyesal dengan sikapnya selama ini dan memohon maaf kepada semua kenalannya. Sudah jatuh ditimpa tangga, Nina memutuskan pertunangannya bersama Akhil.
Ketika Akhil ke klinik untuk memeriksa semula penyakitnya, Dr Amira pelik kerana dia tidak pernah mengesahkan tentang kanser yang dihidapi Akhil. Lantas dia teringat akan adik kembarnya yang kurang siuman ketika menemaninya ke klinik beberapa minggu lepas.