Sempena Maulidur Rasul, RTM bawakan sebuah telefilem khas berjudul Air Mata Pendosa yang akan menemui penonton pada 9 Oktober 2022, hari Ahad pada pukul 2.30 petang di Layar Okey di TV Okey dan secara online di RTM Klik.
Tayangan : Slot Layar Okey di TV Okey
Tarikh : 9 Oktober 2022 (Ahad)
Waktu : 2.30 Petang
Penulis Skrip : Rosmadewi Zin
Pengarah : Adam Hamid
Produksi : Moonlight Film Sdn. Bhd.
Tonton
Pelakon
Antara pelakon-pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Risteena Munim, Iman Zulkarnain, Aida Khalida, Bea Rameshan, Khalida Balqis dan ramai lagi.
Sinopsis Telefilem Air Mata Pendosa
Telefilem Air Mata Pendosa mengisahkan tentang kehidupan Nurlisa yang baru bermula bersama anak lelakinya Amir selepas dia dan Nazmi bercerai.
Nazmi yang telah berkahwin lain tidak pernah lalai terhadap tanggung jawabnya ke atas Nurlisa dan Amir walaupun dia dan isterinya sering bergaduh kerana isterinya menganggap Nazmi tidak adil dalam memberi nafkah.
Malang tidak berbau, Nurlisa ditimpa musibah di mana Amir terkorban dalam sebuah kejadian langgar lari.
Kejadian tersebut menambahkan lagi duka buat Nurlisa hingga mengalami tekanan perasaan dan tidak bersemangat untuk meneruskan kehidupan.



