Kalau hujung minggu anda tidak kemana-mana, jangan lupa saksikan telefilem Adik Bam Bam yang akan menemui penonton pada 10 April 2022 menerusi slot Cereka Ahad di saluran TV3.
BACA : Telefilem Doktor Idaman Di TV
Telefilem yang menampilkan Suhaimi Zulkefli sebagai pengarah dari hasil penulisan skrip serta idea asal daripada Dr. Ahmad Shahremy yang diterbitkan oleh syarikaf produksi Nafalia Corporation Sdn. Bhd.
Tayangan : Cereka Ahad di TV3
Pengarah : Suhaimi Zulkefli
Idea Asal : Dr. Ahmad Shahremy
Penulis Skrip : Dr. Ahmad Shahremy
Produksi : Nafalia Corporation Sdn. Bhd.


Barisan Pelakon
Antara pelakon yang terlibat dalam telefilem komedi ini ialah Kamarul Eqifshah, Fahrin Ahmad, Kasseh Kishreena, Lidya Maisarah, Kamarul Eqfa, Raja Azmi, Shaida Ali dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Kamarul Eqifshah sebagai Faiz
- Fahrin Ahmad sebagai Badrul
- Kasseh Kishreena sebagai Alya
- Lidya maisarah sebagai Maria
Sinopsis Telefilem Adik Bam Bam
Telefilem Adik Bam Bam mengisahkan tentang seorang budak nakal berusia 10 tahun berfizikal gemuk bernama Faiz sering membuat onar dengan mengganggu ketenteraman penduduk taman setempat.
Kemudian dia menubuhkan sebuah kelab basikal dengan nama Adik Bam Bam. Apakah yang akan mereka lakukan nanti?


Waktu Bersiaran
Jangan lupa untuk saksikan telefilem Adik Bam Bam pada 10 April ini, hari Ahad pada pukul 10.00 malam menerusi slot Cereka Ahad di saluran TV3.
Selain itu, jika tidak berkesempatan saksikan di tv, anda boleh strim secara online menerusi portal Tonton di tonton.com.my secara percuma.