- advertisement -

Jangan lupa saksikan telefilem 30 Hari Sebelum Raya Lagi pada 28 April 2023, 7 Syawal, bersiaran pada hari Jumaat, pukul 10.00 malam menerusi saluran TV3 atau boleh juga strim secara online di Tonton.

Telefilem yang dibawakan sempena drama 30 Hari Sebelum Raya sebelum ini merupakan terbitan syarikat Tanah Beris Film Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Shuhaimi Lua dengan penulisan skrip daripada Mohd Shahremy Ikmal.

Tayangan : TV3
Tarikh : 28 April 2023 (Jumaat)
Masa : 10.00 Malam
Penulis Skrip : Mohd Shahremy Ikmal
Pengarah : Shuhaimi Lua
Produksi : Tanah Beris Film Production Sdn. Bhd.

30 Hari Sebelum Raya Lagi

Barisan Pelakon

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefielm 30 Hari Sebelum Raya Lagi ini seperti Kazar Saisi, Liza Abdullah, Sufian Suhaimi, Chacha Maembong, Aprena Manrose, Shakilla Khoriri, Mark Adam, Nadia Brian dan ramai lagi.

- advertisement -

Watak Lakonan

  • Kazar Saisi sebagai Pak Jeri
  • Liza Abdullah sebagai Mak Tom
  • Sufian Suhaimi sebagai Harraz
  • Chacha Maembong sebagai Saodah
  • Aprena Manrose sebagai Rosnah
  • Mark Adam sebagai HafizĀ 
  • Shakilla Khoriri sebagai Hamidah
  • Nadia Brian sebagai Diana

Sinopsis Telefilem 30 Hari Sebelum Raya Lagi

Telefilem 30 Hari Sebelum Raya Lagi kali ini mengisahkan tentang Harraz yang diugut oleh bekas kekasihnya dan juga anak kepada bosnya iaitu Diana untuk segera meninggalkan Saodah.

Diana meletakkan syarat supaya Harraz meninggalkan Saodah sebelum tiba Hari Raya dan jika tidak dituruti Harraz akan diugut untuk dibuang kerja dan perlu membayar pampasan kepada syarikat.

Bagaimana pengakhirnya? Adakah Harraz sanggup untuk hilang kerja demi Saodah atau Harraz akan turuti segala kemahuan si penyondol, Diana?

30 Hari Sebelum Raya Lagi
- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here