- advertisement -

Penyiaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) bawakan sebuah telefilem terbaru berjudul 3 Hari yang akan menemui penonton pada 9 April 2022 menerusi slot Panggung RTM di TV1.

BACA : Saksikan Telefilem Bisikan Ilahi Di TV1 (Panggung RTM)

Telefilem terbitan Alfanazra Production Sdn. Bhd. ini merupakan idea asal daripada Hana Hariz dan diarahkan oleh Khalid Nadzri serta hasil nukilan skrip oleh Siti Jasmina.

Tayangan : Panggung RTM di TV1
Pengarah : Khalid Nadzri
Idea Asal : Hana Hariz
Penulis Skrip : Siti Jasmina
Penerbit : Ahmad Sabri & Ahmad Khalid
Produksi : Alfanazra Productions Sdn. Bhd.

- advertisement -
3 hari

Barisan Pelakon

Antara pelakon yang terlibat dalam telefilem ini ialah Rusdi Ramli, Safura Ya’cob, Chacha Maembong, Daniesh Suffian, Asry Azizan dan ramai lagi.

Sinopsis Telefilem 3 Hari

Telefielm 3 Hari berdasarkan kisah benar ini menekankan tentang masalah kewangan antara punca retaknya kebahagiaan. Bila dah tak mampu bertahan, adakah perpisahan juga menjadi pilihan?

Waktu Bersiaran

Jadi jangan ketinggalan untuk menyaksikan telefilem 3 Hari pada 9 April ini, hari Sabtu pada pukul 9.00 malam menerusi slot Panggung RTM di TV1.

Jika tidak berkesempatan untuk menonton di tv, anda boleh strim secara online di portal RTMKLIK di rtmklik.rtm.gov.my atau menerusi aplikasi mudah alih di Play Store atau App Store.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here