Minggu ini, TV3 akan bawakan sebuah telefilem tempatan terbaru bertajuk 3 Dara Pinggiran yang akan menemui penonton pada 24 April 2022 menerusi slot Cereka Ahad.
Telefilem ini merupakan arahan daripada pengarah Amor Rizan yang juga penulis skrip untuk naskah ini dan ianya diterbitkan oleh syarikat produksi Padi Pictures Sdn. Bhd.
Tayangan : Slot Cereka Ahad di TV3
Pengarah : Amor Rizan
Penulis Skrip : Amor Rizan
Penerbit : Alia Zekri
Produksi : Padi Pictures Sdn. Bhd.
Barisan Pelakon
Antara barisan pelakon yang membintangi telefilem ini alah Amyza Aznan, Noorkhiriah, Sharifah Shahora, Zizan Nin, Husna Mustaffa, Hariz Hamdan, Fimie Don, Kamal Bakar dan ramai lagi.
Sinopsis Telefilem 3 Dara Pinggiran
Telefilem 3 Dara Pinggiran mengisahkan tentang 3 jutawan wanita dengan kehidupan mewahnya yang tiba-tiba dirampas oleh suasana Covid. Disebabkan itu, berlaku Lockdown berkali-kali sehingga membuatkan syarikat mereka muflis.
Lebih malang lagi, mereka ditipu scammer pula, lalu tersadai di sebuah kampung di tengah hutan. Adakah benar ia adalah kampung bunian?
Waktu Bersiaran
Jadi jangan lupa untuk saksikan telefilem 3 Dara Pinggiran pada 24 April 2022, hari Ahad pada pukul 10.00 malam di slot Cereka Ahad di TV3.
Selain itu, jika tidak berkesempatan untuk menonton di televisyen, anda juga boleh strim secara online menerusi portal Tonton di tonton.com.my