- advertisement -

Nampaknya filem pun akan melalui budaya norma baharu lepas ni. Manakan tidak Warner Bros. mengumumkan dimana filem-filem mereka selepas ini akan disiarkan serentak di pawagam bersama-sama strim di HBO Max.

Pengumuman awal sebelum ini adalah melalui filem Wonder Women 1984 yang akan ditayangkan di pawagam dan HBO Max serentak. Kali ini mereka tambah lagi, bukan filem WW1984 sahaja tetapi filem-filem lain juga.

Filem Keluaran Warner Bros.

Seperti yang dikongsikan oleh oleh Warner Bros. pictures, antara yang ditayangkan di HBO Max:

  • Godzilla vs Kong
  • Dune
  • Matrix 4
  • The Little Things
  • Judas and the Black Messiah
  • Tom & Jerry
  • Mortal Kombat
  • Those Who Wish Me Dead
  • King Richard
  • The Conjuring: The Devil Made Me Do It
  • Malignant
  • In The Heights
  • Space Jam: A New Legacy
  • The Suicide Squad
  • Reminiscence
  • The Many Saints of Newark
  • Cry Macho

Tapi…

- advertisement -

Bukan semua negara mempunyai akses kepada HBO Max ini untuk strim termasuklah Malaysia. Disini hanya mempunyai HBO Go sahaja.

BACA : Berita Baik! Justice League Snyder Cut Akan Ditayangkan Di Malaysia Melalui HBO

Jadi mereka yang tidak mempunyai akses HBO Max termasuklah di Malaysia, anda masih boleh menonton tetapi hanya di pawagam sahaja (kalau dah buka).

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here