- advertisement -

Slot Lestary sekali lagi akan diisi dengan drama yang lain, iaitu drama Semua Salahku bagi menggantikan Melastik Ke Hatimu bermula 12 Februari ini yang disiarkan di TV3.

Drama Semua Salahku yang dibintangi oleh Fasha Sandha, Nafiz Muaz dan Intan Najuwa ini merupakan drama ulang siar dimana, ianya pernah ditayangkan pada tahun 2019. Jadi jika anda terlepas tayangan sebelum ini, anda boleh tonton semula selepas ini.

Tayangan : 13 episod TV3 (Slot Lestary)
Pengarah : Along Kamaludin
Penerbit : Lt. Kol Bersekutu (PA) Dato’ A. Aida dan Datin Sri Noraini Abdul Jalil
Terbitan : A. Aida Production
Pelakon : Fasha Sandha, Nafiz Muaz, Intan Najuw, Neera Azizi,Dayang Areeda, Fauziah Nawi, Adiba Yunus, Fadlan Hazim, Syed Aiman, Nafiez Zaidi, Zaidi Omar, Zee Zainal, Idham Maulana dan ramai lagi

OST Drama

Lagu : Perasaanku
Penyanyi : Fieya Julia

- advertisement -
semua salahku

Sinopsis Drama Semua Salahku

Mengisahkan Sofea, (Fasha Sandha) seorang anak yang derhaka pada ibunya yang bernama Fatimah (Fauziah Nawi) dan mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang ibu kepada anaknya iaitu, Harris (Nafiz Muaz). Ketika Harris masih kecil, bapanya meninggal dunia tanpa meninggalkan sebarang harta menyebabkan ibunya, Sofea terbeban kerana terpaksa bekerja keras untuk mendapatkan pendapatan. Walaupun begitu, duit gaji Sofea dihabiskan hanya untuk bergaya dan mencari suami kaya lantas meminggirkan keperluan Haris dan ibunya Fatimah.

Harris yang dahulunya seorang pelajar cemerlang mula terlibat dengan masalah disiplin dan prestasinya semakin merosot kerana sering diabaikan Sofea. Harris mula bergaul dengan rakan yang salah iaitu Naim (Idham Maulana), seorang mat rempit yang terlibat dalam kegiatan merompak kerana Harris mahu memenuhi kehendak Mira (Intan Najuwa) gadis yang diminatinya walaupun sudah dinasihati oleh rakan baik Harris sendiri Imran (Nafiez Zaidi) agar tidak berbuat demikian demi kebaikan Harris sendiri. Sofea pula sudah berjaya memikat Rosli (Syed Aiman), suami Yanti (Dayang Areeda) yang juga seorang pengurus kafe.

Nasib Sofea ingin berkahwin dengan orang kaya malang apabila Yanti mengambil alih semula kafenya dari Rosli meninggalkan Rosli papa kedana. Suatu hari, Harris mula berang dan bertindak ganas setelah gagal mendapatkan duit dari Sofea sehingga sanggup menampar dan ingin membaling kerusi ke arah ibunya. Hassan (Zaidi Omar) yang datang ke rumah Sofea sedih dengan apa yang terjadi dan bertanya kenapa Sofea tidak langsung mengambil tahu perihal ibunya yang tinggal bersama Hassan. Hassan turut menasihatkannya supaya berbakti dengan ibu bapa.

Harris akhirnya ditahan reman kerana kesalahan merompak di sebuah rumah. Natijahnya, Sofea pula menyesal dengan silapnya yang mengabaikan ibunya, bergegas ke rumah Hassan untuk memohon ampun tetapi malangnya, ibunya meninggal dunia.

semua salahku

Waktu Siaran

Jadi jangan lupa saksiksn drama Semua Salahku yang akan mula ditayangkan pada 12 Februari 2021 untuk 13 episod iaitu pada setiap Rabu – Sabtu, jam 9 malam melalui slot Lestary TV3. Anda juga boleh strim melalui Youtube Drama Sangat.

Tonton Episod Penuh Drama Semua Salahku

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here