- advertisement -

Sebuah lagi drama yang terpaksa ditangguhkan buat seketika. Drama Cukup Derita itu terpaksa tangguh tayangan bagi episod-episod yang seterusnya sama seperti nasib drama Kekasih Hati Mr. Bodyguard dan Hati Yang Dikhianati sebelum ini.

Pengumuman ini dibuat sendiri oleh pengarah drama ini, Along Kamaludin bersama dengan penerbitnya Siti Rosmizah. Katanya, pihak produksi tidak dapat untuk siapkan episod-episod yang seterusnya kerana penggembaraan terpaksa dihentikan atas arahan kerajaan iaitu dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh atau ‘Total Lockdown’.

Dalam tempoh ini, tiada aktiviti penggembaraan drama dibenarkan untuk beroperasi bagi mengekang penularan COVID-19 yang semakin hari tidak menunjukkan penurunan setakat ini. Oleh itu, aktiviti seperti ini terpaksa ditangguhkan sebentar.

Tayangan Drama Musim Pertama Cukup Derita Itu Ditangguhkan

Siti Rosmizah sebagai penerbit juga memberitahu, tayangan drama Cukup Derita Itu hanyalah sehingga episod 20 iaitu tayangan terakhir pada 9 Jun 2021 sebelum berehat. Ini juga diberitahu merupakan musim pertama bagi drama ini. Kemudian akan disambung semula untuk musim kedua yang akan diumumkan kemudian.

- advertisement -

Jadi bermula khamis, ini sebagai ganti, drama Love You Mr. Arrogant akan keudara bagi slot Samarinda yang disiarkan setiap Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam di TV3.

Jadi selepas ini, jika anda ingin tonton semula drama Cukup Derita Itu bermula episod 1 hingga episod 20, anda boleh terus pergi ke laman web iQIYI Malaysia di www.iq.com atau menerusi aplikasi iQIYI Malaysia.

Drama Cukup Derita Itu akan bersiaran untuk 40 episod dengan menampilkan barisan pelakon seperti Hisyam Hamid, Ruhainies, Chacha Maembong, Jasmin Hamid, Didie Alias, Lia Natalia, Dian P Ramlee, Rosnah Johari, Farhan Asri dan ramai lagi.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here