Selepas tayangan Dolla Watch Me Glow pada minggu lepas, slot Citra Exclusive kali ini diisi dengan telefilem Tanah Kubur Peneman yang akan bersiara pada 29 Mei 2021 di Astro Citra.
Tanah Kubur sebelum ini pernah terkenal dengan dramanya serta watak Tok Adi dan kali ini kembali dengan telefilem pula. Jika sebelum ini berhadapan dengan kisah-kisah kematian, untuk Tanah Kubur Peneman ini berhadapan dengan ajaran sesat pula. Pasti menarik untuk ditonton. Apakah langkah yang diambil oleh Tok Adi nanti.
BACA : Info Dan Sinopsis Filem Penunggang Agama (Astro First)
Tayangan : Citra Exclusive di Astro Citra
Pengarah : Rashid Sibir
Penulis Skrip : Rashid Sibir
Produksi : Opera Klasik Sdn. Bhd.
Pelakon : Nasir Bilal Khan, Fendy Bakry, Along Cham, Hamidah Wahab, Maisara Sufia, Syafi Tee, Mohd Syahir Aniq dan ramai lagi.


Sinopsis Telefilem Tanah Kubur Peneman
Telefilem Tanah Kubur Peneman menceritakan Jebat (Fendy Bakry) yang menggunakan Saka untuk menipu pengikutnya tentang ajaran dibawanya. Tok Adi (Nasir Bilal Khan) mula syak pada ajaran yang dibawa oleh Jebat setelah melihat perlakuan para pengikutnya yang terpesong.
Berjayakah Tok Adik untuk selesaikan masalah ajaran sesati ini? Apakah ajaran yang dibawa oleh Jebat sehingga boleh sesat? Nak tahu kena saksikan sendiri di Astro Citra.
Waktu Tayangan
Telefilem Tanah Kubur Peneman akan bersiaran pada 29 Mei ini, hari Sabtu jam 9.00 malam di slot Citra Exclusive di Astro Citra HD. Anda juga boleh tonton menerusi aplikasi Astro Go atau jika terlepas, boleh saksikan secara On Demand.