- advertisement -

Inilah berita gembira yang ditunggu-tunggu, selepas kejayaan 7 Hari Mencintaiku 2, dilaporkan drama tersebut akan menemui penonton dan peminat untuk musim ketiga pula pada tahun 2021.

Seperti yang dilaporkan mstar, 7 Hari Mencintaiku 3 akan menemui peminat dan penonton pada tahun hadapan selepas diumumkan sendiri oleh penerbit SR One Sdn Bhd merangkap penulis novel itu sendiri, Siti Rosmizah.

- advertisement -

Sebelum ini, 7 Hari Mencintaiku 2 telah mendapat sambutan yang luar biasa apabila telah mencecah 12 juta tontonan sepanjang 33 episod. Drama ini telah ditayangkan di TV3 melalui slot Akasia iaitu setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam. 

Tak Sabar Weh! 7 Hari Mencintaiku Akan Kembali Untuk Musim Ke-3 Pada Tahun 2021

Daripada jumlah tontonan tersebut, pada episod akhir sahaja telah mencatatkan 5 juta tontonan yang telah menyamai rekod pada siri pertama drama tersebut yang ditayangkan pada 2016 sebanyak 28 episod.

Drama 7 Hari Mencintaiku Akan Disambung Untuk Musim Ke-3

Drama yang telah menjadi fenomena ini dibintangi oleh beberapa pelakon hebat seperti Shukri Yahaya, Kazar, Siti Saleha, Wan Sharmila, Syazwan Zulkifly, Liza Abdullah, Wafariena, Jasmin Hamid, Jaja Illias, Bil Azali dan ramai lagi.

Tak Sabar Weh! 7 Hari Mencintaiku Akan Kembali Untuk Musim Ke-3 Pada Tahun 2021

Pengumuman yang dibuat ini adalah ketika majlis ‘Party 7 Hari Mencintaku 2’ yang berlangsung baru-baru ini. Dalam majlis itu juga, turut didedahkan video teaser 7 Hari Mencintaku 3 dimana bayangan Khuzairi terlibat dalam kemalangan manakala Pak Samad meninggalkan pesanan terakhir buat anak dan menantunya.

Melalui perkongsian di facebook, katanya jangan buat andaian daripada teaser yang dikongsikan tersebut. Selain itu Siti Rosmizah juga memberitahu, cerita untuk 7 Hari Mencintaiku 3 telah pun siap dan kini dalam proses untuk buat skrip sahaja.

Tak Sabar Weh! 7 Hari Mencintaiku Akan Kembali Untuk Musim Ke-3 Pada Tahun 2021

Jadi nak tahu cerita sebenar, apa yang berlaku, jangan lupa nantikan 7 Hari Mencintaku yang akan bersambung untuk musim ketiga pada tahun 2021 kelak.

Jika anda rindu akan drama ini untuk musim kedua dan musim pertama, anda boleh strim secara online di aplikasi iQIYI secara percuma dengan klik di pautan ini

Tak sabar weh….

sumber : mstar

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here