- advertisement -

Dua tajuk episod Stranger Things Musim Keempat didedahkan. Stranger Things telah mula ditayangkan bermula pada tahun 2016 lagi dan telah mendapat sambutan yang hebat di seluruh dunia. 

Musim pertama yang mengfokuskan jalan cerita mencari kawannya yang hilang, Will Byers dan akhirnya menjumpai seorang kanak-kanak yang memmpunyai kuasa luar biasa, Eleven dan sekali gus mengubungkan antara 2 alam misteri digelar Upside Down. Sejak dari itulah, Stranger Things kembali dengan musim kedua dan ketiga dan kini sedang pembikinan untuk musim keempat.

BACABerita Baik! Justice League Snyder Cut Akan Ditayangkan Di Malaysia Melalui HBO GO

Stranger Things musim ketiga ditayangkan di Netflix pada Julai 2019, dan sejak itulah para peminat masih tertunggu-tunggu dengan musim terbaru ini. Walaubagaimanapun, seperti pembikinan siri ini ditangguhkan kerana pandemik COVID-19 yang sedang berlaku di seluruh dunia. Beberapa bulan tertangguh, tetapi seperti diberitahu, pembikinan siri ini sudah bermula kembali pada bulan ini.

- advertisement -

Perkongsian Tajuk Stranger Things 4

Penulis siri Stranger Things ini memiliki akaun media sosial Twitter dan sejak akhir-akhir ini mereka kerap kongsikan disebalik tabir pembikinan siri ini. Pada tahun lepas, melalui akaun @strangerwriters telah mendedahkan tajuk episod 1 “Chapter One: The Hellfire Club” dan kini kita ketahui lagi 2 tajuk episod lagi iaitu “Tick Tock Mr. Clock” dan “You Snooze You Lose” yang dianggap untuk Chapter 2 dan 3.

“You snooze you lose” https://t.co/eCzupA8yYU

— stranger writers (@strangerwriters) October 12, 2020

Yeah it’s “tick tok mr clock” https://t.co/PwGMosJuK1

— stranger writers (@strangerwriters) October 12, 2020

Jika lihat tayangan teaser Stranger Things 4 dimana kita dapat lihat Jim Hopper telah ditahan di penjara Rusia. Jadi mungkin permulaan cerita untuk musim keempat ini fokus kepada misi menyelamat Hopper.

Apa yang berlaku selepas ini tiada siapa lagi yang tahu, jadi tunggu sahaja bila tayangan perdana Stranger Things 4 akan diumumkan melalui Netflix kelak. Pasti ramai dah tak sabar kan.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here