Akhirnya telah terjawab apabila Margosa telah dinobatkan sebagai Juara Anugerah Lagu Indie 2020 dengan lagu Penawar dalam sebuah acara yang berlangsung malam tadi.
Anugerah Lagu Indie 2020, ALI2020 buat julung kalinya diadakan pada tahun 2020 dengan lebih 600 buah lagu dipilih. Daripada jumlah hasil karya anak tempatan tersebut, 35 telah dipilih untuk memasuki pusingan Separuh Akhir dan hanya 13 daripadanya layak ke pentas akhir Anugerah Lagu Indie 2020.
BACA : Senarai Lagu Yang Layak Ke Pentas Akhir Dalam Anugerah Lagu Indie 2020
Walaupun negara masih melawan pandemik COVID-19, tetapi ALI2020 masih diadakan dengan meriah disamping mengikut SOP yang telah ditetapkan. Lebih meriah lagi, apabila dihangatkan dengan 3 pengacara iaitu Atoi, Zora dan Bob yang juga merupakan penyampai radio.
Anugerah Indie 2020 telah dipancarkan secara langsung menerusi Youtube Kamar Seni Studio pada malam sabtu iaitu bermula jam 9 malam. Selain itu, turut berkeudara menerusi Radio Rakita 107.9 #MuzikPalingLit.
Pemilihan juara lagu berdasarkan markah juri profesional yang disertai oleh 6 nama hebat iaitu Loy Ekzan, Rudy Nastia, JD Wong, Ad Samad, Amir Jahari, Ham, Jennifer Thompson dan Dato’ M. Nasir.
Juara Anugerah Lagu Indie 2020 membawa wang tunai sebanyak RM2500, live space (RM1700), Mix & Master (RM600) beserta trofi ALI2020. Manakala bagi naib juara pula membawa wang tunai RM1500, Sesi Rakaman bernilai RM1,500, Mix & Master bernilai RM600 dan trofi. Untuk pemenang tempat ke-3 membawa pulang wang tunai RM1000, Sesi Rakaman bernilai RM1,500, Mix & Master bernilai RM600 dan trofi ALI2020.
Juara Dan Senarai Pemenang Anugerah Lagu Indie 2020
Selepas 13 lagu selesai membuat persembahan, pengumuman telah dibuat dengan 5 anugerah.
Anugerah Platinum, Carta Indie Rakita 107.9
SEKUMPULAN ORANG GILA & SHILA AMZAH – PELUKAN ANGKASA
Composer : Raja Nazrin Shah
Lyricist : Fazleena Hishamuddin
Anugerah Lagu Popular
SEKUMPULAN ORANG GILA & SHILA AMZAH – PELUKAN ANGKASA (8800 views di Youtube)
Tempat Ke-3
ORKES A HIZADIN & AININA HASNUL – MENUNGGU
Composer : Amiruddin Hizadin
Lyricist : Amiruddin Hizadin
Naib Juara
NUSARASA – MESRA
Composer : Ayop Azril
Lyricist : Ayop Azril
Juara Anugerah Lagu Indie 2020
MARGOSA – PENAWAR
Composer : Raja Nazrin Shah
Lyricist : Fazleena Hishamuddin