Rata-rata yang memberikan komen pada malam ini adalah sangat luar biasa terutamanya bagi persembahan Cliff Umar dan sekali gus dinobatkan sebagai juara Gegarvaganza 7.
Pada malam tersebut, bukan juara sahaja yang memberi persembahan terbaik tetapi semua peserta walaupun dibayangi dengan nervous dan gugup pentas akhir Gegarvaganza 2020.
Pentas akhir GV7 cukup meriah kali ini apabila buat pertama kali dibarisi sehingga 7 daripada 14 peserta sekali gus membuatkan 1 lagu disertai oleh 3 peserta bagi battle round (Oja, Cliff Umar dan Muss). Seperti biasa, ratu etnik kreatif Noraniza Idris memberikan persembahan bersama barisan penari yang cukup meriah. I like lagu Hutang!
Program Gegarvaganza mungkin tidak meriah jiak tanpa kehadiran 2 hos versatil, Nabil Ahmad dan Jihan Muse yang sekali lagi mengacarakan program tersebut untuk semua episod. Selain daripada juri tetap, Dato Ramli MS dan Dato Khadijah Ibrahim juga diserikan dengan kehadiran juri Datuk Shafinaz dan Joe Flizzo untuk pentas akhir ini.
Tidak cukup dengan itu, untuk pentas akhir ini, penonton dibenarkan masuk dengan jumlah terhad disamping mengikut SOP yang ditetapkan. Jika sebelum ini, hanya minggu pertama ada kehadiran penonton dan seterusnya sepi dewan tersebut dan kini mereka kembali.
Untuk rekod, Gegarvaganza 7 telah berlangsung selama 10 minggu yang juga telah disiarkan secara langsung di Astro Ria dan Ria HD iaitu pada setiap Ahad, jam 9 malam.
Tahniah Cliff Umar!
Siapa sangka Cliff Umar telah dinobatkan sebagai juara sekali gus membawa pulang wang tunai RM100,000 beserta trofi. Diiukuti rapat untuk naib juara iaitu Muss yang membawa pulang wang tunai RM50,000 dan Ayu Damit ditempat ke-3 (RM30,000).
Bagi anugerah yang dipertandingkan pada malam tersebut. Oja dan Ayu Damit telah membawa pulang RM3000 untuk Anugerah Next Level DIGI. Linda Nanuwil memenangi Cuckoo Healthy Home dan sebagai juara, Cliff Umar juga menerima anugerah Bintang Paling Power Meow


Selain itu, jom kita tengok senarai penuh pemenang bagi program Gegarvaganza 2020 (GV7)
Senarai pemenang Gegarvaganza 2020
Juara | Cliff Umar |
Naib Juara | Muss |
Tempat Ke-3 | Ayu Damit |
Tempat Ke-4 | Noraniza Idris |
Tempat Ke-5 | Linda Nanuwil |
Tempat Ke-6 | Oja |
Tempat Ke-7 | Ashira |
Tahniah kepada semua pemenang! Mungkin ada Gegarvaganza 8 nanti? Kita tungguuuu…