Malam final adalah penentu bagi 5 peserta dan akhirnya Bunga Raya iaitu Ainal Abdul telah dinobatkan sebagai juara The Masked Singer Malaysia untuk musim pertama bagi tahun 2020.
Peringkat akhir ini telah melayakkan 5 daripada 12 peserta iaitu Bunga Raya, Enggang, Orang Utan, Rajah Brooke dan Wau. Masing-masing telah membawa 2 buah lagu iaitu satu lagu rancak dan satu lagu genre slow.
Kesemua peserta membawa lagu dan menghasilkan persembahan yang baik pada malam tersebut disebabkan kesemua 9 juri (termasuk Mark Adam sebagai juri jemputan) sukar untuk menentukan siapakan juara untuk program The Masked Singer Malaysia tahun 2020.
Selain sukar memberi markah kepada kesemua peserta, mereka juga sukar buat tekaan siapakan disebalik topeng yang menyorokkan identiti mereka setiap minggu. Para juri hanya mampu meneka berdasarkan persembahan mingguan beserta tayangan video yang dipaparkan.
BACA : Tonton The Masked Singer Malaysia Di Astro Dan Strim Percuma Di Astro
Tetapi selepas 8 minggu ternyata barisan juri akhirnya buat tekaan dengan tepat untuk kesemua peserta kecuali sang juara iaitu Bunga Raya. Jika tak silap hanya Angkah Raja Lawak sahaja berjaya meneka Aina Abdul merupakan identiti disebalik topeng Bunga Raya.
Tahniah Ainal Abdul Juara The Masked Singer Malaysia
Program terbaru Astro, The Masked Singer Malaysia telah ditayangkan selama 8 minggu pada setiap hari Jumaat jam 9 malam serta diserikan lagi dengan kehadiran Dato AC Mizal sebagai pengacara tetap setiap minggu.
Pada malam itu, akhirnya kelima-lima peserta di dedahkan identiti mereka satu persatu selepas pengumuman kedudukan bagi setiap pemenang. Jom kita tengok senarai pemenang bagi program The Masked Singer Malaysia 2020
Tempat Ke-5
Peserta : Enggang
Identiti Sebenar : Vince AF
Klu : Poster Gunung Kinabalu bermaksud isteri Vince berasal dari negeri Sabah
Tempat Ke-4
Peserta : Wau
Identiti Sebenar : Datin Alyah
Klu : Nota muzik melambangkan pasangan kepada Datin Alyah iaitu Dato’ Ramli MS merupakan seorang maestro muzik terkenal
Tempat Ke-3
Peserta : Orang Utan
Identiti Sebenar : Tuju K-Clique
Klu : Kamera klik sebanyak 7 kali menunjukkan Tuju dan 7 ahli kumpulannya yang lain iaitu K-Clique sedang meningkat naik di dalam industri muzik masa kini
Naib Juara
Peserta : Rajah Brooke
Identiti Sebenar : Vannesa Reynauld
Klu : Topeng wajah Nabil Ahmad bermaksud Vanessa pernah menyertai rancangan Ceria Megastar pada tahun 2018 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad


Juara
Peserta : Bunga Raya
Identiti Sebenar : Aina Abdu
Klu : Variasi kasut boot menunjukkan Aina Abdul gemar memakai kasut boot di dalam setiap muzik videonya

