- advertisement -

Dengan persembahan yang memukau di peringkat final, akhirnya Azzam Shah telah dinobatkan sebagai Juara Big Stage 2020 untuk musim ketiga.

Sang juara telah berjaya mengalahkan 4 peserta lain sekali gus diangkat sebagai juara Big Stage musim ke-3. Dengan itu, beliau telah berjaya membawah pulang wang tunai RM100,000 beserta trofi, manakala bagi Naib Juara dan Tempat Ketiga masing-masing membawa pulang RM50,000 dan RM25,000 beserta trofi.

Big Stage 2020 final telah disiarkan secara langsung di Astro RIA dan RIA HD pada hari Ahad pada jam 9 malam. Program ini juga diadakan dengan skala kecil sahaja bagi mengikuti segala SOP yang ditetapkan oleh pihak kerajaan. Boleh juga tonton di Astro GO dan strim di Youtube Astro Gempak.

BACASaksikan Dan Strim Secara Online Setiap Minggu Konsert Big Stage 2020

- advertisement -

Selepas mengharungi 8 minggu sehingga pusingan akhir ini, hanya 5 peserta sahaja berjaya meloloskan diri daripada 12 peserta dan kesemuanya adalah peserta lelaki. Mereka itu ialah Fadh Majid, Azzam Sham, Dinie Rashid dan Qody Rany.

Tahniah! Azzam Shah Juara Big Stage 2020 Untuk Musim Ketiga
Tahniah! Azzam Shah Juara Big Stage 2020 Untuk Musim Ketiga

Pada malam itu juga, mereka telah di adili oleh 5 juri iaitu 3 juri tetap iaitu Ajai, Faizal Tahir dan Dayang Nurfaizah, seorang juri presiden nitizen iaitu Elly Mazlein dan seorang juri jemputan iaitu Misha Omar. Tidak lupa juga kepada 2 hos rancangan BBNU ini iaitu Alif Satar dan Sherry Alhadad yang juga menjadi penggerak kepada rancangan ini.

Barisan Pemenang Dan Juara Big Stage 2020

Untuk memberikan lebih cabaran dan kemeriahan, pada malam final, kelima-lima peserta telah membawa 2 buah lagu berentak slow dan fast dengan tema Ultimetum.

Tempat Kelima

Fadh Majid (58.80%)

Tempat Keempat

Dinie Rashid (60.04%)

Tempat Ketiga

Qody Rany (61.85%)

Naib Juara

Usop (66.57%)

Juara Big Stage 2020

Azzam Shah (67.85%)

Tahniah kepada semua pemenang Big Stage 2020

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here