Selepas 7 minggu bersiaran, akhirnya Aina Abdul dan Aisha Retno ditabalkan sebagai juara Vokal Mania 2020 bagi kategori masing-masing iaitu Idol dan Rookie.
Vokal Mania 2020 merupakan pertandingan nyanyian dengan menggabungkan barisan penyanyi amatur digelar Rookie dan barisan penyanyi profesional di gelar Idol. Hanya 4 idol yang terlibat setiap minggu bagi bertarung melawan Rookie untuk 6 minggu iaitu Ainal Abdul, Indah Ruhaila, Tomok dan Lan Solo.
BACA : Saksikan Vokal Mania Di TV3 Atau Strim Secara Online Di Youtube TV3
Untuk malam final, pemarkahan 70% daripada pihak juri iaitu 2 juri tetap Misha Omar dan Yusri Abdul Halim dan penampilan khas juri jemputan iaitu Adibah Noor. Untuk 30% lagi adalah daripada undian online di laman web Xtra Vokal Mania. Selain itu, minggu akhir Vokal Mania 2020 juga diserikan dengan 2 pengacara iaitu Dato AC Mizal bersama Azira Shafinaz.
Tidak cukup dengan itu, malam final diserikan lagi dengan persembahan pentas daripada Masdo, Haqiem Rusli dan juga bekas Rookies seperti Nuha Bahrin, Aufahanie, Qiem Churros dan ramai lagi.
Pemenang Vokal Mania 2020
Pada malam tersebut, barisan Rookie yang layak ke peringkat akhir (Danial Chuer, Aisha Retno, Alif Kadim dan Eranzz Lambert) akan membuat persembahan solo termasuk juga Idol dan pusingan battle antara Rookie dan Idol. Kemudian Rookie juga bersaing antara mereka bagi merebut gelaran juara.
Selepas berjaya mengalahkan pasangan battle masing-masing akhirnya Aina Abdul ditabal sebagai juara Vokal Mania 2020 untuk Idol yang telah membawa pulang wang tunai RM50,000 beserta kerusi gaming Tomaz. Manakala Aisha Retno berjaya mengalahkan Rookie yang lain dan dinobat sebagai juara Vokal Mania 2020 untuk Rookie yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000 dan kerusi gaming Tomaz.
Tahniah kepada semua pemanang!