- advertisement -

Nampaknya Disney Plus tidak lama lagi akan memasuki pasaran Asia Tenggara keseluruhannya. Setakat ini, platform penstriman tersebut hanya memasuki pasaran Indonesia sahaja melalui Disney+ Hotstar pada September yang lalu.

Disney+ merupakan platform penstriman yang menyediakan kandungan filem dan tv siri daripada original Disney sendiri. Antaranya termasuklah daripada Marvel Studios, Star Wars, Pixar Animation Studio Filem, National Geographic dan banyak lagi.

BACACara Tonton Filem-Filem Marvel Mengikut Urutan Yang Betul

Pelantikan Ahmad Izham Omar Sebagai Pengarah Eksekutif

Pautan Variety telah mengumumkan dimana platform penstriman milik syarikat gergasi Disney telah melantik Ahmad Izham Omar sebagai Pengarah Eksekutif Khas bagi kandungan kreatif 

- advertisement -

Jika masih yang tidak mengenali lagi individu ini, beliau sebelum ini merupakan CEO Primeworks Studios yang memainkan peranan bagi penerbitan kandungan TV3, TV9 dan juga platform penstriman, TONTON.

Selepas ini, Ahmaz Izham bertanggungjawab untuk menghasilkan kandungan original dan dalam masa yang sama mencari kandungan baru untuk dimasukkan ke dalam platform ini. Katanya, selain itu juga, beliau juga akan menghasilkan program berbentuk hiburan dan kandungan berasaskan sukan.

Tahniah! Ahmad Izham Omar Dilantik Sebagai Pengarah Eksekutif Disney+

Pastinya, ini suatu berita yang membanggakan negara apabila rakyat Malaysia berjaya bekerjasama dengan syarikat Disney bagi menghasilkan lebih banyak kandungan tontonan internet. 

Jadi jika dah rakyat Malaysia kerja dalam Disney Plus, takkan Malaysia tak dapat akses Disney+ ni kan. Admin rasa mungkin 2021 nanti, kita akan mendapat akses untuk langganan Disney+ dan boleh la tonton filem dan tv siri Marvel kan. Mantap! dan Tahniah!

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here