Sebuah telefilem dibawah terbitan Zeel Production Sdn. Bhd., Survival 486 akan menemui penonton pada 22 Januari 2022 menerusi slot Citra Exclusive di Astro Citra.
BACA : Saksikan Telefilem Nafsu Mental (Citra Exclusive Astro Citra)
Telefilem dengan genre thriller ini menampilkan barisan pelakon hebat seperti Nora Danish, Redza Rosli, Lydiawati dan ramai lagi.
Tayangan : Citra Exclusive Astro Citra
Pengarah : Faizal Nadxaman
Penulis Skrip : Marr Mohamad
Produksi : Zeel Production Sdn. Bhd.
Pelakon : Nora Danish, Redza Rosli, Lydiawati, Khairil Anwar Aman, Ezany Nizariff, Bazly Hanif, Haifa Nadhirah dan ramai lagi.


Sinopsis Telefilem Survival 486
Telefilem Survival 486 mengisahkan tentang Syuhada iaitu seorang gadis naif yang mencintai alam sekitar dimana telah bersetuju untuk melakukan aktiviti hiking bersama rakan-rakannya di Bukit Damai pada hujung minggu.
Namun ketika hari kejadian, Syuhada berasa hairan dan pelik kerana kawan-kawannya tidak muncul walaupun telah sampai pada waktunya.
Dengan itu, dia menyangkakan teman-temannya telah meninggalkan dia dan telah melakukan aktiviti pendakian. Jadi tanpa berfikir panjang, Syuhada pun masuk ke hutan dan berjalan seorang diri.
Malang telah menimpa Syuhada apabila dia telah terjatuh ke dalam lubang yang kedalamannya 15 kaki sekali gus dia tidak mampu untuk keluar dari lubang tersebut tanpa bantuan orang lain.
Apakah nasib Syuhada selepas itu? Bagaimana keadaannya ketika berseorangan di dalam hutan? Bagaimana pula dengan rakan-rakannya yang lain?
Waktu Tayangan
Jangan lupa saksikan telefilem Survival 486 pada hari Sabtu, 22 Januari ini, jam 9.00 malam secara eksklusif di slot Citra Exclusive di Astro Citra (108).
Selain itu, anda juga boleh strim menerusi aplikasi Astro Go dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.