- advertisement -

Jika sebelum ini dimainkan di Astro First, kini filem Superbike The Movie kembali dan kali ini akan bersiaran di Astro Citra 108 pada 4 Jun 2022, hari Sabtu pada pukul 9.00 malam dan juga boleh distrim di Astro Go.

Tayangan : Slot Citra Exclusive di Astro Citra
Tarikh : 4 Jun 2022 (Sabtu)
Waktu : 9.00 Malam
Pengarah : Wan Saiful Shahrizan
Produksi : Storyfarm Post

Pelakon

Antara pelakon yang membintangi filem ini ialah Kamal Adli, Shiqin Kamal, Zul Handyblack, Hamid Gurkha, Fizo Omar, Mia Ahmad, Abam Bocey, Mikael Andre, Joe Bugis dan ramai lagi

Watak Lakonan

  • Kamal Adli sebagai Bugis
  • Shiqin Kamal sebagai Ilya
  • Zul Handyblack sebagai Ajak
  • Hamid Gurkha sebagai Pak Hamid
  • Fizo Omar sebagai Aeron
  • Mia Ahmad sebagai Miza

Sinopsis Filem Superbike The Movie

Telefilem Superbike The Movie mengisahkan tentang sekumpulan penunggang superbike yang diketuai oleh Bugis iaitu seorang kaki novel dan pencinta novel cinta. Ianya menggelarkan kumpulan mereka sebagai Pirate Bikers.

- advertisement -

Cerita ini mengenai kehidupan seharian mereka. Berlumba di jalanan, kejar-mengejar, berkonvoi, kena sama polis sudah menjadi asam garam dalam kehidupan mereka.

Pertemuan secara tidak sengaja dengan Pak Hamid yang telah menemukan Bugis dengan Ilya. Bagaimanapaun, sebelum itu Pirate Bikers terlebih dulu diajar Pak Hamid kerana suka berlumba dijalanan, bukan dilitar yang disediakan. Pak Hamid telah mengalahkan mereka dalam perjalanan ke Lemang Toki.

Dalam masa sama, kemesraan antara Pak Hamid dan Ilya disalah anggap Bugis. Bugis menyangka Pak Hamid adalah sugar daddy kepada Ilya hingga sanggup menghabiskan ratusan ribu ringgit untuk Ilya.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here