- advertisement -

Citra Exclusive minggu ini membawakan sebuah lagi telefilem baru, Sumpahan Orang Putih (SOP) yang akan bersiaran pada 19 Jun 2021 di Astro Citra. Jika sebelum ini, dengan sebuah cerita aksi (Mr Drift), kini dengan genre seram.

Telefilem arahan Zacc Azhari Zain ini menampilkan barisan pelakon yang tidak kurang hebatnya. Antara yang terlibat dalam cerita ini seperti Sara Ali, Qody Rani, Coki dan ramai lagi.

Tayangan : Citra Exclusive Astro Citra
Pengarah : Zacc Azhari Zain
Penerbit : Arie Zaharie Production Sdn. Bhd. dan Knack Knack Studios
Pelakon : Sara Ali, Qody Rani, Muhammad Danish Daniel @ Coki, Dayang Areeda, Hamdan Senario, Tuan Asmawi dan ramai lagi

sumpahan orang putih

Sinopsis Telefilem Sumpahan Orang Putih

Telefilem Sumpahan Orang Putih (SOP) menceritakan Kaseh yang terperangkap di sebuah chalet yang dimiliki oleh Richard Benson. Terdapat beberapa orang pekerja Mr Benson yang terperangkap di situ disebabkan oleh sumpahan Mr Benson sendiri.

- advertisement -

Pelbagai usaha dilakukan untuk dia keluar dari situ namun tidak berjaya. Kaseh serta penghuni lain perlu merungkai misteri tempat itu yang memerangkap mereka yang memiliki masalah keluarga.

  • sumpahan orang putih
  • sumpahan orang putih

Waktu Siaran

Telefilem Sumpahan Orang Putih akan bersiaran pada 19 Jun ini, hari Sabtu jam 9.00 malam di slot Citra Exclusive Astro Citra. Anda juga boleh tonton secara On Demand atau menerusi aplikasi Astro Go dan Ultra Box.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here