Jangan lupa saksikan drama siri original Special Force Anarchy yang akan menemui penonton mulai 14 Januari 2023, setiap Sabtu menerusi platform penstriman Disney+ Hotstar di www.hotstar.com/my dan aplikasi mobile.
Episod : 7
Tayangan : Disney+ Hotstar
Tarikh : Mulai 14 Januari 2023 (Setiap Sabtu)
Penulis Skrip : June Tan dan Nazri Vovinski
Pengarah : Syafiq Yusof
Produksi : Skop Production Sdn. Bhd.
Tonton
Pelakon
Antara pelakon yang membintangi sini ini seperti Puteri Aishah, Dato’ M. Nasir, Yusuf Bahrin, Steve Yap, Dynas Mokhtar, Theeban G, Fify Azmi, Chacha Maembong, Elizabeth Tan, Johan As’ari, Daniella Sya dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Dato’ M Nasir sebagai Umar
- Puteri Aishah sebagai Iman
- Yusuf Bahrin sebagai Jeff
- Fify Azmi sebagai Merah
- Chacha Maembong sebagai Putih
- Anas Ridzuan sebagai Cakoi
- Elizabeth Tan sebagai Sara
- Johan As’ari sebagai Izzat
Sinopsis Special Force Anarchy
Siri Special Force Anarchy mengisahkan tentang perjalanan perjalanan seorang pegawai polis muda yang berani iaitu Iman dalam menyiasat sebuah kes rompakan bank terancang. Siasatan yang dilakukan telah mempertemukannya dengan satu kumpulan jenayah berbahaya dan membuka satu lembaran rahsia besar yang mampu mengubah segalanya.
Sebagai seorang pegawai polis cemerlang yang serba boleh, Iman direkrut untuk menyertai satu pasukan anti-rasuah elit khas yang diketuai oleh bapanya sendiri, Komander Qabil. Pasukan ini ditubuhkan khas untuk menyelesaikan kes jenayah paling berbahaya.
Penyertaan Iman telah membantu pasukan itu membongkar rancangan rompakan di Bank Tenggara oleh geng penjenayah ganas yang dikenali sebagai Azazel. Kumpulan pengganas ini diketuai oleh seorang lelaki bernama Umar.
Di tengah konflik persengketaan itu, Iman terperangkap dengan kebuntuan apabila berdepan dengan sebuah pendedahan mengejutkan. Iman kini dipaksa untuk membuat pilihan yang mustahil.



