Drama Kebaya Kasut Kanvas menemui penonton bermula 12 Ogos 2020 dengan 10 episod ditayangkan di TV3 bersama-sama strim secara online di Youtube TV3Malaysia Official secara percuma.

Drama ini di adaptasi daripada sebuah novel karya Umie Nadzimah bertajuk Si Baju Kurung Kasut Kanvas pada 2017. Kini menemui penonton di kaca tv melalui Slot Drama Pukul 6 di TV3.

BACA : Tonton Kesemua Episode Drama Pink Smile Secara Online Melalui Channel Drama Sangat

Drama ini dibintangi oleh barisan pelakon seperti Nabila Razali, Fahrin Ahmad, Rozita Che Wan, Ariana Amani, Mona Allen, Ismail Izzani, Haqiem Rusli, Zainol Macwilson, Ikmal Amry dan pelakon lain lagi. Ianya telah diarahkan oleh Emi Suffian.

Slot Drama Pukul 6 : Tonton Drama Kebaya Kasut Kanvas Di TV3 Atau Strim Secara Online

Sinopsis Kebaya Kasut Kanvas

Suria (Nabila Razali) bekerja di sebuah syarikat fesyen. Dia dikenali dengan cara pemakaian uniknya yang gemar mengenakan baju kebaya dengan kasut kanvas. Suria tidak pernah mempunyai teman lelaki sejak zaman kolej dan dia seorang yang terlalu sibuk dengan kerjanya sehingga ibunya, Cik Pah (Rozita Che Wan) mula risau jikalau anak daranya tidak akan kahwin.
 
Tanpa pengetahuan Suria, Cik Pah telah menerima lamaran kahwin bagi pihaknya. Cik Pah juga merahsiakan siapakah bakal suaminya malah Suria disuruh untuk mencari siapakah lelaki tersebut. Cik Pah hanya memberi satu petunjuk bahawa Suria juga mengenali lelaki itu.
 
Slot Drama Pukul 6 : Tonton Drama Kebaya Kasut Kanvas Di TV3 Atau Strim Secara Online

Waktu Tayangan

Kebaya Kasut Kanvas boleh ditonton pada setiap Rabu dan Khamis pada pukul 6 petang di slot Drama Pukul 6 di TV3 atau strim di tonton. Kesemua 10 episod juga akan dimainkan secara strim di youtube TV3 Malaysia Official selepas tayangan di tv selesai.
 

Saksikan Episod Penuh Kebaya Kasut Kanvas Secara Online

 
 
sumber : hellokerja

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here