TV9 membawakan sebuah sitkom bertajuk Cheritera yang bakal menemui penonton bermula 11 Disember 2021 menerusi slot Dramedy. Sebuah lagi cerita yang diinspirasikan daripada watak cerita rakyat sama seperti drama Mr Millennium.
Sitcom kali ini berkisarkan tentang watak Bawang Putih yang ingin menikahi Putera Raja. Ianya juga menjadikan sitkom Mind Your Languange dan Pi Mai Pi Mai Tang Tu sebagai inspirasi dengan gaya penceritaan, penyampaian dan sebagainya
Episod : 13
Pengarah : Dato’ Jurey Latiff Rosli
Konsep Asal : Adza Irdawati
Penulis Skrip : Adza Idrawati, Adza Emie dan Adza Haiqal
Produksi : Threefive Production Sdn. Bhd.
Pelakon : Jabir Meftah, Shalma Eliana, Bella Dowanna, Saedah Kamaruddin, Man Belon, Erul Samah, Mira Natasha, Yamani Abdillah, Ayu, Ewan Fauzi, Farisha Irish, Vanida Imran, Ziana Zain, Amir Raja Lawak dan ramai lagi
- Jabir Meftah sebagai Hang Zaim
- Shalma Eliana sebagai Luna / Merah
- Bella Dowanna sebagai Puteri Bella
- Saedah Kamaruddin sebagai Puteri Leya
- Man Belon sebagai Prof Matias
- Erul Samah sebagai Hang Ming
- Mira Natasha sebagai Maya
- Yamani Abdillah sebagai Badrul
- Ayu sebagai Kasih
- Ewan Fauzi sebagai Petro
- Vanidah Imran sebagai Nenek Kebayang
- Ziana Zain sebagai Puteri Gunung Ledang
- Amir Raja Lawak sebagai Dr Bayang


Sinopsis Sitkom Cheritera
Drama Cheritera mengisahkan tentang Bawang Putih yang selamat menikahi Putera Raja iaitu Raja Nazari. Mereka hidup bahagia dan dikurniakan anak perempuan, Puteri Bella yang menyambung pelajaran di peringkat tinggi.
Di kolej, Puteri Bella bertemu Luna. Walaupun Luna tidak berbuat jahat kepadanya, Puteri Bella yang nakal, amat membenci temannya itu.
Segala-galanya terungkai apabila didapati Luna adalah anak Bawang Merah. Selepas lama menjejaki Bawang Putih, Bawang Merah sengaja mendaftarkan Luna di kolej sama dengan Puteri Bella demi menghuru-harakan kehidupannya.
Waktu Bersiaran
Drama sitcom Cheritera akan bersiaran setiap hari Sabtu, jam 8.30 malam di slot Dramedy di TV9 mulai 11 Disember ini. Jika terlepas, jangan risau anda masih boleh tonton semula di Youtube TV9 Malaysia secara percuma.