Rasanya dah lama Astro tak terbitkan sebuah sitcom islamik. Kali ini dibawakan untuk anda drama Ismi Solehah yang akan mula bersiaran pada 27 Mei 2021 di Astro Ceria. Sesuai untuk tontonan adik-adik bersama keluarga di rumah.
BACA : Saksikan Telefilem Lagenda Puteri Felora Di Astro Ceria
Drama sitcom Ismi Solehah merupakan arahan amirul fahdli dengan barisan pelakon seperti Yana Samsudin, Harris Annuar, PU Azman dan juga adik Mia Sara.


Tayangan : Astro Citra
Pengarah : Amirul Fadhli
Cerita Asal : Lydia Ibtisam
Penulis Skrip : Baizura Kahar
Penerbit : Ezam Merican, Lydia Ibtisam dan Arie Zaharie
Produksi : Knack Knack Studios dan Arie Zaharie Production
Pelakon : Mia Sara, Yana Samsudin, Harris Annuar, Isaac Iman, PU Azman
- Mia Sara sebagai SOLEHAH
- Yana Samsudin sebagai MOMMY
- Harris Annuar sebagai DADDY
- Isaac Iman sebagai BENJI
- PU Azman sebagai ABI
Sinopsis Ismi Solehah
Drama sitcom Ismi Solehah mengisahkan Solehah yang terpaksa pulang ke Kuala Lumpur jauh dari abinya di Jordon yang terpaksa bekerja ke sempadan Syria bagi misi kemanusiaan.
Solehah akan bersama keluarga Mommy nya di KL dan bapa tirinya, Daddy bersama Benji bagi meneruskan persekolahan dan kehidupan di Malaysia sama seperti kanak-kanak lain.
Macam mana la agaknya Solehah nak biaskan kehidupan di Kuala Lumpur yang pastinya berbeza dengan kehidupan dan budaya di Jordon.


Waktu Siaran
Sitcom Ismi Solehah akan mula bersiaran pada 27 Mei ini, setiap Khamis, jam 9.00 malam di Astro Ceria. Anda juga boleh saksikan secara On Demand atau menerusi aplikasi Astro Go dan Ultra Box