- advertisement -

Untuk pengguna Unifi TV, jangan lupa saksikan drama Baby Tak Gila bermula 10 Mac 2021. Drama romantik komedi arahan Nizam Zakarian ini menampilkan pelakon seperti Syazuwan Hassan, Wafariena Roslan, Tunku Haris dan ramai lagi.

BACA : Saksikan Drama Menantu Tok Sintok Di SalamHD (UnifiTV)

Barisan Pelakon

Antara pelakon yang terlibat di dalam drama ini adalah seperti Syazuwan Hassan, Wafariena Roslan, Tunku Haris, Zera Hariz, Ellie Suriaty Omar, Nazia Mustafar, Farhan Asri, Beayqaa, Zaini Amar dan ramai lagi.

Watak

  • Wafariena sebagai Baby
  • Syazuwan Hassan sebagai Akram
  • Tunku Habis sebagai Tasha
  • Duerra Mitilda sebagai Tasha
baby tak gila

OST Drama

Lagu : Ala Shayang
Penyanyi : Fian Ali

- advertisement -

Team Produksi

Nizam Zakaria bertanggungjawab sebagai pengarah untuk drama Baby Tak Gila dengan kebenaran penerbit daripada Datuk Normashayu Puteh bersama syarikat penerbitan Pencil Pictures Records. Manakala Nor Syiella Annuar sebagai penulis skrip

Sinopsis Drama Baby Tak Gila

Drama Baby Tak Gila bermula apabila Baby diterima bekerja disebuah syarikat fesyen, Bunga Couture. Disitu dia menjadi PA kepada CEO syarikat tersebut iaitu Akram.

Akram tidak setuju atas perlantikan PA baharunya itu kerana Baby langsung tak ada pengalaman dalam job scope tersebut. Lebih mengharukan Akram, Baby membawa perangai peliknya dan manja di syarikat sehingga menampakkan yang Akram sebagai PA Baby, bukan Baby PA dia.

Semejak Baby bekerja di Bunga Couture, satu persatu rahsia tentang diri Baby terbongkar. Siapa Baby yang sebenarnya?

Waktu Siaran

Drama Baby Tak Gila akan bersiaran setiap Isnin hingga Khamis bermula 10 Mac 2021 pada jam 9 malam di Hypesensasi Unifi TV saluran 116. Anda juga boleh tonton melalui aplikasi Unifi PlayTV secara percuma jika anda tidak mempunyai akaun Unifi TV.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here