Bagi peminat drama Hati Yang Tersakiti, seperti yang dimaklumkan, drama ini akan ditunda siaran pada malam ini dan esok iaitu 10 dan 11 November 2020.
BACA : Saksikan Drama Terbaru TV3 : Hati Yang Tersakiti Ditayangkan Melalui Slot Samarinda
Pengumuman ini dibuat menerusi facebook rasmi Drama Sangat dimana merek mengumumkan siaran drama ini ditunda bagi memberi ruang kepada Konsert Lazada 11.11 Super Show dan Shopee 11.11 Big Show yang akan bersiaran di TV3 pada malam ini (10 November 2020), jam 9 malam dan esok (11 November 2020) juga jam 9 malam.
Drama Hati Yang Tersakiti
Drama Hati Yang Tersakiti sebelum ini ditayangkan melalui slot Samarinda yang bersiaran pada hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di tv3. Selain daripada tayangan di tv, drama ini juga disiarkan melalui aplikasi penstriman VIU secara percuma.
Jika penundaan berlaku di tv3, sekali gus, tayangan di VIU juga akan ditangguhkan sehingga ianya disiarkan semula di tv3 pada Khamis ini untuk episod 15 iaitu episod akhir.
Jadi kepada semua yang tengah sakit hati dengan drama ini, anda boleh ‘cool down’ dahulu dan akan ketahui jalan cerita akhir jika ianya ditayangkan semula nanti.