SFMM35 untuk episod 3 akan bersambung semula pada 15 Disember 2020 jam 9 malam di TV3. Juga akan diumumkan senarai lagu yang layak ke AJL35.
Pada 21 November 2020 yang lepas, Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 untuk episod ke 3 terpaksa ditunda kerana salah seorang peserta iaitu Alif Satar disahkan dijangkiti COVID-19. Justeru itu, semua peserta dan kru yang bertugas selama 2 hari sebelum itu terpaksa menjalanan swab test dan kuarantin kendiri.
Seperti yang dijadualkan, sepatutnya pada 23 November itu juga turut diumumkan senarai lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35), tetapi masih ada 9 lagi buah lagu yang tidak sempat untuk membuat persembahan, ianya terpaksa ditunda.
BACA : Senarai Penuh Lagu Yang Berjaya Ke Anugerah Juara Lagu 2020 (AJL35)
SFMM35 Disambung Dan Diumumkan Senarai Lagu Ke AJL35
Jadi melalui pengumuman yang dibuat oleh pengacara gantian Muzik-Muzik, Awal Ashaari dimana beliau memberitahu SFMM35 untuk pusingan ke 3 akan disambung pada 15 Disember 2020, hari selasa, jam 9 malam.
Selain itu, pada malam tersebut juga akan diumumkan senarai lagu yang layak ke pusingan akhir dan berentap di pentas Anugerah Juara Lagu 35.
Jadi jangan lupa, mark your calendar untuk hari selasa nanti. Masih ada lagi yang belum dipersembahkan tau.
Berikut senarai 9 buah lagu lagi akan membuat persembahan pada SFMM35 untuk episod 3

