Selepas tayangan pada musim pertama, kini mereka kembali untuk musim kedua menerusi drama Setelah Terlafaznya Akad 2 yang akan menemui penonton bermula 1 Jun 2022, setiap Isnin hingga Khamis pada jam 10.00 malam di Astro Ria.
Drama yang disiarkan menerusi slot Megadrama ini merupakan adaptasi novel Setelah Terlafaznya Akad 2 karya Anna Milia yang mana anda juga boleh strim di Asto Go.
Episod : 20
Tayangan : Slot Megadrama di Astro Ria 104
Tarikh : Mulai 1 Jun 2022 (Isnin – Khamis)
Waktu : 10.00 Malam
Pengarah : Michael Ang
Penulis Skrip : Rehal Nuharis, Bikash Nur Idris & Atilia Azhar
Produksi : Juita Viden Sdn. Bhd.
Pelakon
Antara pelakon dan artis yang terlibat dalam drama ini ialah Kamal Adli, Uqasha Senrose, Normah Damanhuri, Talha Harith, Musyi, Hamidah Wahab, Hiera Hasan, Nasz Sally, Seha Monica, Ellyas Abdullah, Adam Shah, Zeera Azizi dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Kamal Adli sebagai Hanan
- Uqasha Senrose sebagai Nawal
- Zeera Azizi sebagai Hani
- Talha Harith sebagai Zaki
- Nasz Sally sebagai Habibah
- Sharifah Shahora sebagai Nafisah
- Adam Shahz sebagai Mus
- Seha Monica sebagai Haryati
- Hamidah Wahab sebagai Wan Masitah
- Syahiera Abu Hasan sebagai Milah
Sinopsis Drama Setelah Terlafaznya Akad 2
Drama Setelah Terlafaznya Akad 2 mengisahkan tentang rumah tangga Hanan dan Nawal tiga tahun selepas lafaz akad keduanya. Kehidupan mereka menjadi lebih bahagia dengan kedatangan puteri sulung mereka, Qadeeja.
Nawal juga dikejutkan dengan kandungannya yang kedua yang membawa warna pelangi dalam perkahwinan mereka. Namun kebahagiaan ini hanya sementara.
Pertengkaran antara mereka berdua membuatkan Hanan memilih untuk pergi membawa diri. Kehadiran bapa tiri Nawal, Nawab, mengembalikan trauma Nawal di waktu Hanan pula tiada di sisi.
Hanan semakin membenci Nawal akibat perbuatan Ida. Kebencian yang tercetus oleh Hanan kepada isterinya ini rupanya adalah perbuatan Ida yang menggunakan sihir pemisah kepada mereka atas perasaan hasad dengki kepada Nawal.