Berita yang kurang baik, pihak TV3 mengumumkan pertandingan peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 (SFMM35) untuk episod ketiga malam ini ditunda.

Untuk rekod, Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 akan berlangsung untuk 3 hari iaitu pada Jumaat, Sabtu dan Ahad. Seramai 30 peserta daripada pelbagai genre lagu dari artis akan membuat persembahan bagi melayakkan diri ke peringkat Anugerah Juara Lagu 35.

Setakat ini, sebanyak 22 buah lagu telah selesai mempersembahan lagu dihadapan barisan juri untuk hari jumaat dan sabtu. Jadi sepatutnya malam ini (Ahad) akan ada lagi 8 buah lagu yang akan membuat persembahan.

Muzik-Muzik Separuh Akhir 35 Episod 3 Ditunda

Tetapi baru sebentar tadi melalui akaun rasmi Muzik-Muzik 35, mereka telah mengumumkan dimana Muzik-Muzik Sepuruh Akhir 35 (SFMM35) untuk episod ketiga ditunda atas langkah keselamatan. Ianya terpaksa ditunda ke tarikh lain yang akan diberitahu kelak.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

A post shared by Muzik Muzik 35 (@muzikmuzik_official)

Pengumuman ini dibuat susulan salah seorang artis yang telah membuat persembahan iaitu Alif Satar telah disahkan positif COVID-19. Ianya diumumkan sendiri oleh beliau melalui akaun rasmi @alifsatar sendiri. Alif Satar telah membuat persembahan ditempat yang sama pada Jumaat lepas dengan membawa lagu I Want You To Love Me.

Oleh itu, bagi mengelakkan jangkitan kepada peserta atau kru yang lain, acara ini terpaksa ditunda terlebih dahulu. Pengumuman 12 lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu 35 juga ditangguhkan sehingga diberitahu kelak.

Diharap tiada penularan dan jangkitan berlaku terhadap peserta-peserta lain yang bertanding.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here