- advertisement -

Disebabkan AME2020 bakal belangsung, jom kita tengok senarai penuh TOP 5 Anugerah MeleTOP ERA 2020 bagi setiap kategori yang dipertandingkan.

Terdahulu, AME2020 dijadualkan akan berlangsung pada April 2020 tetapi disebabkan pandemik COVID-19 menyerang Malaysia sekali gus arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diperkenalkan pada awal Mac 2020, anugerah ini terpaksa dibatalkan.

Jadi melalui pengumuman khas di dalam program MeleTOP baru-baru ini, Anugerah MeleTOP ERA 2020 akan berlangsung semula di dalam norma baharu pada hari Sabtu, 20 Disember 2020. AME2020 akan berlangsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan secara eksklusif di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

anugerah meletop era

Nabil Ahmad dan Jihan Muse pula akan menggalas tugas besar sebagai hos pada malam tersebut bagi memeriahkan lagi acara tersebut dengan tema Yang Epik Yang Legend. Ada penonton atau tidak, perlu ikuti perkembangan semasa ketika itu. Rasanya tiada penonton juga ni.

- advertisement -

Melalui laporan Astro Gempak, beberapa selebriti yang akan memeriahkan pentas AME2020 seperti Anuar Zain, Misha Omar, Ernie Zakri, K-Clique, Floor 88, Dolla, Ismail Izzani, Aina Abdul, Wany Hasrita, Shiha Zikir, Andi Bernadee dan ramai lagi. Manakala bagi menyampaikan trofi anugerah pula Ayda Jebat, Nabil Mahir, Siti Nordiana, Khai Bahar, Janna Nick, Hun Haqeem, Nabila Razali, Syafiq Kyle, Cik B, Danial dan Radin (ERA)

Anugerah MeleTOP ERA 2020 merupakan 100 pilihan peminat yang telah mempertandingkan 15 kategori dan kesemuanya telah diundi menerusi online dan SMS. Undian juga telah ditutup pada April yang lepas. Jadi jom kita tengok Top 5 bagi setiap kategori yang dipertandingkan.

Senarai Penuh Top 5 Anugerah MeleTOP ERA 2020

Pengundian melibatkan 2 peringkat iaitu peringkat awal dan juga Top 5. Kemudian baru akan diumumkan pemenang bagi setiap kategori di malam Anugerah MeleTOP ERA 2020 kelak. Jadi jom kita tengok senarai Top 5 bagi setiap kategori dipertandingkan.

Grup/Duo MeleTOP ERA

  • Ariff Bahran & Sarah Suhari (Bicara Rasa)
  • Floor 88 (Aqilah, Hutang)
  • Hafiz Suip & Adira (Takdir Tercipta)
  • K-Clique Ft. Alif (Mimpi)
  • Khai Bahar & Siti Nordiana (Satukan Rasa)

Lagu MeleTOP ERA

  • Anta Pernama (Dato’ Sri Siti Nurhaliza)
  • Hatiku Milikmu (Siti Nordiana)
  • Hutang (Floor 88)
  • Lembah Kesepian (Haqiem Rusli)
  • Mimpi (K-Clique Ft Alif)

Drama MeleTOP

  • Budok Kuba (Astro Citra)
  • Cemburu Seorang Perempuan (Astro RIA)
  • Curi-Curi Cinta (Astro RIA)
  • Setelah Terlafaznya Akad (Astro RIA)
  • Sweet Dreams (Astro RIA)

Penyanyi MeleTOP ERA

  • Alif Satar
  • Ernie Zakri
  • Haqiem Rusli
  • Khai Bahar
  • Siti Nordiana

Program MeleTOP

  • #Bizibody
  • Big Stage S2
  • Gegar Vaganza S8
  • Maharaja Lawak Mega 2019
  • Sepahtu Reunion Live 2019

Bintang Filem MeleTOP

  • Hairul Azreen
  • Mira Filzah
  • Remy Ishak
  • Syafiq Kyle
  • Zizan Razak

Hos MeleTOP

  • Ain Edruce (Limeletop)
  • Alif Satar (Big Stage)
  • Dato AC Mizal (Maharaja Lawak Mega 2019)
  • Jihan Muse (Gegar Vaganza)
  • Sherry Alhadad (Big Stage)

Filem MeleTOP

  • Boboiboy Movie 2
  • Ejen Ali The Movie
  • Polis Evo 2
  • Pusaka
  • Sangkar

Si Cilik MeleTOP

  • Alisa Aisyah (Hanis Zalikha & Hairul Azreen)
  • Ardy Wira (Betty Rahmad & Ardy Damis)
  • Ayden Adrean (Bella Astillah & Aliff Aziz)
  • Jebat Jayden (Noor Nabila & Sharnaaz Ahmad)
  • Syeriv Samheizy (Syatilla Melvin & Shahiezy Sam)

Artis Baharu MeleTOP

  • Fiey Julia (Perasaanku)
  • Han Byul (Big Stage S2)
  • Insomniacks (Pulang)
  • K-Clique (Mimpi)
  • Yusuf Bahrin (Sweet Dreams)

Fesyen MeleTOP

  • Alif Satar
  • Fazura
  • Mira Filzah
  • Sham Visa
  • Syafiq Kyle

Artis Versatil MeleTOP

  • Elly Mazlein (Pelakon, Hos, Online)
  • Jihan Muse (Pelakon, Hos)
  • Mira Filzah (Pelakon, Hos)
  • Siti Nordiana (Pelakon, Penyanyi, Online)
  • Zizan Razak (Pelakon, Penyanyi, Online)

Influencer MeleTOP

  • Cupcake Aisyah
  • Muabellaz
  • Sofyank
  • Sterk Production
  • Syahmi Sazli Production

Couple MeleTOP

  • Alif Satar & Shadila Hadid
  • Ardell Aryana & Nadzmi Adhwa
  • Eyra Hazali & Haziq Nadzli
  • Hanis Zalikha & Hairul Azreen
  • Syatilla Melvin & Shaheizy SamĀ 

Pelakon MeleTOP

  • Amyra Rosli
  • Ben Amir
  • Mira Filzah
  • Sean Lee
  • Uqasha Senrose
- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here